topbella

Saturday 30 April 2011

Declaration..



Assalamualaikum..

Dengan rasa kecewanya saya mengisytiharkan bahawa mata saya memerlukan bantuan penglihatan untuk melihat keindahan dunia.. (sedih yang amat) :(





Thursday 28 April 2011

TeamWork


Assalamualaikum..

Kita semua tahu Teamwork memerlukan komitmen dari setiap orang yang terlibat.. masalahnya.. if semua orang cuba lepas tangan, is that what we call kerja berpasukan..? jika dua tiga orang sahaja yang betul-betul beriya dan bersemangat memberikan komitmen mereka, that’s not enough.. bagaimana pula dengan yang lain.? bukankah semua perlu cooperate..?

Entahla.. seingat saya sewaktu di sekolah dulu apabila ada sesuatu aktiviti yang melibatkan teamwork ini, semua ahli yang terlibat akan memberikan komitmen yang sepenuhnya.. setiap orang berlumba-lumba untuk memberikan pandangan, pendapat and idea masing-masing.. itu belum disuruh melakukan tugasan atau kerja lagi.. masing-masing berusaha memberikan yang terbaik untuk team mereka.. but apa yang berlaku sekarang sangat-sangat berlainan.. mereka sepertinya lebih selesa lepas tangan dan menyerahkan semuanya kepada orang lain yang lebih komited terhadap team mereka.. macam tu ke?

They should know that teamwork means : they have to collaborate to each other.. masing-masing menunjukkan sikap acuh tak acuh dalam memberikan kerjasama.. apabila keadaan mendesak, barulah mereka menunjukkan kerelaan mereka untuk bekerjasama.. itupun dalam keterpaksaan.. setiap dari mereka hanya komited terhadap sesuatu yang melibatkan kepentingan mereka sahaja.. sehinggakan ada yang berkata jujur bahawa jika ia adalah satu kepentingan yang menentukan keadaan mereka kelak, mereka sedia untuk mengikut arahan dan memberi kerjasama yang baik.. adakah kerjasama itu akan diberikan hanya apabila kepentingan mereka diambil kira? is it wrong if i say that they are so selfish?

Seronok ke jika hanya kita sahaja yang beriya untuk melaksanakan sesuatu but at the same time the others tidak langsung menunjukkan minat untuk bersama-sama melibatkan diri? Memang.. itu adalah hak masing-masing.. tapi perlu diingat bahawa kita berada dalam kelompok yang ramai.. perlu diubah sikap tidak endah yang ada pada diri kita.. adakah selamanya kita akan bersikap begitu? Bagaimana hendak membuat sebarang discussion jika masing-masing mengelak dari memberikan kerjasama?

Entah la apa yang mereka fikirkan.. mungkin mereka beranggapan bahawa cukup sekadar mereka menjadi ahli bagi team tersebut dan segala perbincangan dan keputusan mereka tidak mahu ambil tahu atau tidak kisah.. mana mungkin kata sepakat dapat dicapai jika semua tidak ikut campur?? Apa pula fungsi mereka sebagai ahli team tersebut? Jika yang komited sahaja yang membuat perbincangan dan memutuskan itu ini, nanti dikatakan merancang sesuatu tanpa meminta pandangan mereka pula.. tiada kesepakatan.. habis bagaimana?

Kadang-kadang tertanya-tanya juga mengapa mereka terlalu sukar to get involve in apa jua perkara yang bersangkut paut dengan kerjasama.. ya.. mungkin saya salah menilai mereka.. mungkin mereka tidak beranggapan begitu.. dan mungkin juga mereka tidak sedar bahawa cara mereka tidak kena.. tapi ianya sangat-sangat jelas menunjukkan mereka sentiasa menganggap tidak penting jika ada sesuatu yang ingin dirancang.. entah la.. agaknya they have a very ‘big problem’ sehinggakan langsung tidak boleh komited dengan sesuatu perkara lebih-lebih lagi yang melibatkan teamwork.. apapun saya sangat berharap supaya setiap dari mereka dan saya sendiri terutamanya boleh memberikan komitmen yang tinggi dan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam melakukan sebarang tugasan yang diberikan selepas ini..

Sekian.

Wednesday 27 April 2011

Hikmah Di Sebalik Ujian Allah..

Setiap manusia yang  Allah ciptakan sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sentosa ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah menguji dengan berbagai-bagai ujian, tetapi sebabnya adalah sama.

 
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, samada Allah hendak menambah iman kita atau Dia hendak menguji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah berputus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera di lautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus meminta kembali kekuatan kita. Betapa lemah dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.


Jika kita menganggap diri kita ditimpa musibah yang besar, kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita. 


Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Dia tidak akan sekali-kali menguji hamba-Nya diluar kemampuannya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujian-Nya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hamba-Nya.


Allah menguji seseorang bukan kerana Allah membenci kita, tetapi percayalah yang Allah sangat mengasihi kita. Cuma kita sebagai hamba-Nya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujian. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.


Alihkan pandangan matamu ke arah laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, penuh keriangan dan gelak tawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.


Jika berasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika berasa sedih, alihkan pandanganmu ke arah langit, sedarlah, dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita.


Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? Berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt. Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya. Allah itu Maha Mendengar.


Dekatkanlah diri kita dengan Pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.


Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang merasakan diri mereka tidak kuat untuk menghadapinya. Jangan berputus asa, cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, carilah kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita kepada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.


Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin boleh hidup berseorangan.


Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hamba-Nya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik.




-renungan untuk saya juga-




Sunday 24 April 2011

Bersabarlah Duhai Hati...

Hati.. bersabarlah ketika dirimu berdepan dengan ujian ini.. bersabarlah.. kuatlah.. kuatlah wahai hati.. kerana engkau tidak boleh rapuh dan lemah.. bertahanlah hati.. sesungguhnya Allah lebih mengetahui mengapa diutuskan dugaan sebegini berat kepadamu.. menangislah hati.. menangislah jika menangis itu adalah kekuatanmu.. lepaskanlah segalanya yang perlu engkau lepaskan wahai hati.. usah disimpan kerana itu hanya akan membuatkan engkau lebih goyah.. tabahlah menerima segala suratan yang tertulis untukmu hati.. kerana di situ terletak sebuah hikmah yang engkau tidak pernah tahu.. bersabarlah duhai hatiku.. (T_T)


Saturday 23 April 2011

Everythings..


Assalamualaikum.. 

Lamanya tak jenguk rumah saya ni.. kali ni nak story apa yer..

Okay, firstly nak cakap saya dah jumpa penutup broadband saya.. terselit bawah katil laa.. hehe.. tak tahulah macam mana benda tu boleh ziarah bawah katil saya tu.. pelik, pelik..

Second, saya dah dapat result Ujian Trengkas Selasa lepas.. 1 paper lulus.. (^_^) and satu lagi failed.. (-_-) tapi boleh repeat yang gagal  tu nanti.. :)

Hari Khamis baru ni, saya ada Ujian Percubaan Komputer, Power Point.. mengejut! Haha.. memang tak boleh buat.. Kak Eda and Kak Dijah punyalah expert.. hadei.. memang nak kena belajar dengan mereka-mereka itu.. hehe..

Semalam saya tak ada kuliah, cuma datang sekejap untuk kuliah menaip berkomputer.. syok jugak.. hehe.. kuliah Pentadbiran Pejabat and Akaun tak ada sebab senior saya ada final exam.. jadi CF tak nak ada gangguan.. lagipun group saya memang sangat bising.. pada group 4 2010, goodluck semua.. cayok! cayok!

Em harini saya ada Bengkel Persediaan Menghadapi Temuduga dan Alam Pekerjaan.. dapat la banyak input dari penceramah, Dato’ Sharif Zaimi Bin Abu Hashim.. abang lecturer saya, En Sharif Zafar.. General Manager Jabatan Telekom tuu.. 

Apa lagi yer...

Oh ya, hari Isnin and Selasa ni saya ada Ujian Komputer untuk Power Point.. actually tak study apa pun lagi.. hehe.. that’s why Trial tak boleh buat.. hadeii.. kalau ada penyakit M ni memang la.. satu kerja tak jalan.. ‘malas’ ‘menangguh’ ‘mengantuk’ .. (dangerous diseases) haha.. bila buka buku sure malas+mengantuk.. but bila buka ‘muka buku’ cerah bijik mata.. heh heh hehhh..

Tomorrow saya ada kuliah tambahan komputer.. persiapan terakhir before ujian this Monday.. hari last la nak tanya CA banyak-banyak.. hehe..

What else...

Ha, saya baru buat akaun twitter.. susah payah CF mengajar macam mana nak tweet orang.. maklumlah saya ni buta IT.. uh uh.. siapa yang ada twitter boleh follow follow lah yer.. :)

Itu saja lah untuk kali ni.. sekian terima kasih.. :)

Tuesday 19 April 2011

Misplaced..

Assalamualaikum.. morning..

Hari ni mood tak elok.. penutup broadband hilang ntah ke mana.. eish.. memangla perkara kecik.. tapi saya tak boleh la benda hilang-hilang ni.. rasa nak mengamuk jer bila cari tak jumpa.. pelik sebenarnya.. hilang depan mata tu.. bukan tempat lain.. semalam sebelum pergi group activity, saya online.. rasanya saya letak penutup broadband tu dekat depan mata je.. masa saya nak keluar tu, saya shutdown then terus pergi.. broadband tu still melekat pada lappy.. petang tu saya balik saya online kejap.. dah nak maghrib saya pun nak shutdown laa.. time cabut broadband, i noticed that penutup tu dah tak ada.. cari-cari tak jumpa.. ya Allah.. macam mana boleh tak ada ni.. eeeiii.. habis satu bilik saya cari benda alah tu.. bawah meja, dalam laci, dalam buku, habis semua saya selongkar.. tak jadi kerja sekejap semalam.. hadeii.. saya tak suka sungguh kalau hilang dia tak nak bagi jumpa balik.. hairan jugak.. anda-anda semua pelik tak..?? eish.. macam mana boleh hilang.. ada kaki ker penutup tu, boleh merayap tempat lain sampai saya cari pun tak jumpa.. mesti ada terselit kat mana-mana.. emm.. jangan cakap............. ouh tak-tak.. tak mungkin.. tak kan ada ‘benda’ nak main sorok-sorok plak.. ish.. susah hati dah saya ni cari benda tu tak jumpa.. rosak mood pagi.. rosak mood satu hari ni.. aaaaaaaaaaaaaaa~~~ okay la.. saya ada kuliah trengkas pulak pukul 9 ni.. anda semua tolong saya cari ek.. make sure saya balik nanti penutup tu dah ada kat atas meja saya ni..(hahahahahhhh..)
 
Tata~

Monday 18 April 2011

Berbowling Juga Aku Akhirnya..


Ehem.. assalamualaikum..



Hari ni saya rasa sangat letih.. lengan pun dah mula sengal-sengal.. uuh uhh.. apa sebabnya.. apa lagi kalau tak disebabkan penangan berbowling semalam.. hadeii..
Tapi letih pun letih la.. sengal pun sengal la.. janji dapat main and i really really really really enjoyed it.. memang fun betul.. huhu.. besttttt~


Yang paling best, saya baling bola tuh.. strike XXX~~ tapi sekali jer la.. yang lain banyak masuk longkang.. tak kena langsung pun ada.. hahahahahhhh.. sampai saya terjatuh-jatuh kat lanes tu semalam.. hadei.. lawak betul laa..


Boleh tahan ramai jugak la join semalam.. exstudent IPM pun join jugak.. semua teror-teror belaka.. emm.. 


Dalam game tu kami semua dibahagi pada beberapa group.. saya tak ingat berapa.. (excited sangat!) satu group ada 4 orang.. saya masuk group En Sharif, Syida and Hajar..  sebelum main kami kena tukar kasut sukan yang kami sewa dengan Megalanes.. tak boleh pakai kasut sendiri.. huh.. banyakkk songeh dia..



Ni kasut kena sewa



Before game tu start, kami kena setting nama bowler dekat screen dia.. saya memang tak reti langsung.. En Sharif and Syida yang tolong settingkan nama bowler dalam group kami.. hahahh.. kalau saya yang buat.. alamat punah lahh~









Mula-mula baling bola tu.. memang saya failed habis.. baling bola tak kena pun.. masuk longkang bolehlaa.. haha.. boleh la dapat title Juara Masuk Longkang.. haahahhh.. tapi dua tiga kali main, okay laa.. bolehla jugak main sikit-sikit.. janji lepas baling bola tuh..Macam-macam semalam time main.. ada yang nak baling tapi bola tu tercampak ke belakang.. ada yang terlucut bola.. kejar balik..  hahah.. best betul.. semua orang enjoy.. 



muka-muka enjoy..

Yang tak bestnya time balik, saya tak dapat nak join CF, CA and coursemate lain makan dekat Radix Cafe... bukan apa, semalam saya gedik nak drive ViVa.. tinggal la Mercedes kesayangan saya tu kat rumah (Kancil)..  tak boleh nak lama-lama kalau ‘sewa’ kereta orang.. nanti kena tadah telinga daaaa~ Plus semalam dengarnya Kak Iasah kata ada roadblock.. ketar kepala lututla.. sebabnya saya tak perasan ViVa dah tak ada sticker P.. on the way ke Megamall baru nampak sticker tu dah tak ada.. hadei.. cepat bebenor abang saya tanggal sticker tuh.. macam tak nak bagi orang bawak jer! 


Apa pun, saya memang sangat enjoy plus seronok, dua ronok, beronok-ronok (bak kata jozan) dapat main bowling for my first time.. TQ CF yang sedaya upaya berusaha supaya saya and kawan-kawan lain dapat berbowling semalam.. sayangg CF~~  (^_^)


Pada yang tak join, saya rasa sangatla teramat rugi.. tapi tak apa.. dengarnya CF kata akan ada lagi game akan datang.. but tak tahu bila.. haa.. masa tu nanti boleh la semua join.. ramai-ramai baru meriah.. baru runtuh Megalanes, bak kata En Sharif.. hahahahhh..


Emm.. sekian la post saya kali ni.. tak boleh panjang-panjang nanti orang tak jumpa cari perkataan last.. hahahahhhh.. 


Jap-jap.. ada lagi nih.. emm.. petang ni pulak dalam pukul 3 saya ada group activity with my coursemate.. ada discussion.. penatnyer~~ hadei.. baru ingat nak qada’ tido.. hehehehehhh.. tapi tak apa.. tugas and tanggungjawab perlu diutamakan.. hahahhh.. (konon jer tuh) okay.. 


Sekian.. :)

Sunday 17 April 2011

Pukul 3

Sekarang dah pukul berapa yer.. tengok jam, tengok jam... 12.40pm.. hmm.. lambat lagi.. tak sabar nyerr.. cepatla pukul 3.. cepatlaa.. kenapa dengan pukul 3..??


Ohh.. saya terlupa nak story.. hehe.. oleh kerana minggu lepas saya and warga IPM tak dapat nak main bowling, jadi CF usahakan minggu ni untuk kami berbowling.. haa.. siap booking awal-awal lagi tu.. kali ni ramai yang join.. coursemate pon ramai.. CF and CA ofcourse lerr.. En Sharif pon join jugak.. 
 
So, today kami ada game la dekat Megalanes.. pukul 3 nanti.. semua dah agree nak jumpa kat sana.. eish.. lambat lagi ke jarum jam ni nak sampai pukul 3.. tak sabarnyaaaa~

Kenapa tak sabar sangat nih? Bukan saya tahu main pun kan, kan.. hehe.. biarlah tak reti main pun.. biarlah bola masuk longkang pun.. what do i care?? Apa yang penting.. (KERJASAMA!)  eh bukan-bukan.. apa yang penting saya dapat main.. arhhh.. campak ajerr.. hahahh.. ntah-ntah saya yang tercampak ke longkang lanes tuh.. hahahahahhh.. hadei.. 

Tengok jam lagi.... alaa.. ngaper la lambat sangat nih.. cepatla.. cepat.. excited nih.. Megalanessss.. i’m coming..!!!!!

Friday 15 April 2011

Vokalis Okay

Petang tadi, tengah belek-belek paper Metro Jumaat, 15 April 2011, tiba-tiba terbaca dekat ruangan Rap..

Aku Kembali
 Jereen

Penyanyi utama Okay muncul selepas 14 tahun.





Pana saya kejap.. ouhh.. ini dia rupanya vokalis kumpulan Okay.. sebelum ni saya tak kenal pun.. tahu kumpulan ajer.. antara band yang bawa lagu slow rock 90 an dulu-dulu.. saya memang obses dengan lagu rock jiwang ni.. and penyanyi nyer sekali.. tapi saya tak pernah tahu pun siapa orang dia.. kalau kumpulan yang famous-famous tu tahu lah.. kalau nama kumpulan tu pelik jer memang saya tak tahu.. tahu dengar lagu jer.. dengar suara..  hehe.. tapi tak kisah lah.. yang penting lagu lama ni best! Layan~

Nazrin Ahmad.. ni nama penuh dia.. mesra dipanggil Jereen.. oo.. dia and kumpulan dia ni dulu popular dengan lagu Ku Relakan Dikau Pergi.. wah~ saya memang minat giler dengan lagu tu.. sedih! Kalau hayati lirik dia boleh menangis.. kumpulan Okay ni dah berpecah tahun 2000.. ohh.. 

Sekarang Jereen ni muncul balik dengan album Aku Kembali.. dalam metro ni tulis, album ni menggambarkan Jereen yang kembali semula setelah lama menyepi.. 14 tahun tu.. lama jugak.. hmm.. ada lagu baru la.. boleh la start cari album tu nanti.. haha..

Emm.. Jereen ni ada nyatakan harapan dia nak bersama dengan kumpulan Okay balik kalau diberi peluang.. moga-moga tercapaila harapan dia.. 

So, to Jereen, welcome back.. :)


Wednesday 13 April 2011

Nice moment ~ 09th April 2011


Assalamualaikum..

Baru hari ni saya berkesempatan menjenguk ke ‘rumah no 2’ saya ni.. sebelum ni jenguk jugak tapi tak sempat nak post new entry.. busy laa! Emm.. kali ni saya nak kongsi pulak cerita aktiviti saya last weekend.. memang syok tak ingat! Hahahh..

Saya ni kaki menyibuk jer.. terdengar-dengar CF plan nak keluar makan angin dengan staff IPM.. saya pun buat muka tak malu lah bertanya boleh join ke tidak.. hehe.. atas usaha tak berapa nak malu saya tu, akhirnya dengan berbesar hatilah CF benarkan saya menyibuk sekali.. hehe..

Ingatkan coursemate join sama.. sekali saya sorang-sorang daaa... hadei.. tak pelah.. janji dapat makan angin.. hehe.. dah lama tak bersuka ria ni.. dah ada can macam ni apalagiii.. kenala grab! Tensyen jugak asyik study jer.. otak jam! Sekali sekali nak jugak membebaskan minda dari study.. Hahahhh (alasan jer tuh, padahal sentuh buku pun tidak.. huah3)



Semangat kesukanan..!

Pada 9hb April tu pagi-pagi lagi saya, CF, CA dan staff IPM, CR berangkat ke destinasi pertama kami.. sayala yang jadi ‘pemandu pelancong’ yang tak bertauliah untuk aktiviti hari tu.. haha.. planning asal nak ke bowling dekat Megalanes Megamall.. huiiii.. memang sangat-sangat excited yang amat.. al maklumlah tak pernah main bowling.. jejak kaki pon tak pernah.. hahahahah..  tempat pun saya kurang ariff.. itu lah semangat sangat nak pergi..



Sampai kat sana, kami breakfast dulu.. saya and CR cuma order air jer.. CF and CA jer yang berselera sangat menjamu selera.. hehe..




CF and CA menjamu selera masing-masing.. kata CF untuk tenaga time berbowling.. hahaha.. saya and CR dah tak ingat nak makan nak apa dah.. Ingat bowling jer.. hehe..


Siap breakfast kami pun dengan semangat yang berkobar-kobar nak main bowling bergerak la ke Megamall.. baru pukul 9.45 am waktu tu.. punyer la semangat nak main, sampai datang awal dari orang.. kedai pun tak bukak lagi..! hahahhh..



 
 dan lagi posing sebelum ke Megalanes..







Ini dia destinasi yang dituju.. CF..?? semangat betul sampai tinggal kami semua kat belakang.. hahahahhh..







Sebelum masuk, saya pun nak jugak snap gambar kenangan.. first time tuuuu.. hahahh..






Masuk jer dalam Megalanes, memang sangat-sangat excited.. tak sabar nak main! CR pun dah teruja sangat.. CF and CA control ‘cool’ jer.. hehe..




Wah~ inilah tempatnya.. memang tak sabar.. semangat nih..!!




Masa ni CF and CA on da way nak booking tempat..



Camera always kat tangan.. and jari always kat button snap.. hahahhh..






 
Muka excited.. hehe..
  


Frust..!!


Unfortunately.. hadeii.. kebetulan la pulak hari tu ada game between kelab mana tak tahu.. kasi rosak plan jer.. hadeii.. CF kata kami kena tunggu dulu.. sebab semua lanes dah penuh.. hmm.. agak sangat kecewa tapi masih berharap dapat main, sebabnya ada dua lagi lanes kosong.. kami pun tunggu lahh..





muka boring.. yelahh.. nak kena tunggu-tunggu pulakk.. orang dah teruja sangat nak main nih.. sibuk pulak suruh tunggu.. tunggulaaa..





 
Dua lanes nih kosong.. tapi dia suruh tunggu jugak.. emm.. tak apa.. kami setia menunggu.. keranamu bowling! Hadei..




Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu.. last-last kerani kaunter tu cakap dah tak boleh booking sebab ada game hari tu.. CF pun amat dukacita memaklumkan pada kami bahawasanya kami tak dapat nak main bowling pagi tu.. frustnyerrrrrr!!!!!!!!



Dan lagi nak shopping..

Apa daya lagi kalau dah tak dapat main.. tak kan la nak tercongok kat situ tengok orang main tapi kita xboleh nak main, yer dok.. buat sakit mata ajer.. hehe.. emm.. bincang punya bincang, kami dapat kata sepakat, jalan tempat lain dulu then after zohor datang balik nak cuba nasib.. mana tahu kot-kot game tu habis tengah hari, kami nak la booking.. macam-macam mana pun, nak main jugak!! Tak kira! jadi kami tinggalkan Megalanes dengan seribu satu kekecewaan sebab tak dapat main and seribu dua pengharapan mudah-mudahan bila kami datang balik adalah peluang nak berbowling.. hehehe..


Sesampainyer kat lobi Megamall, CF and CA terkena tarikan magnet yang sangat la kuatnyer kat kedai tudung.. memang bersepah tudung kat situ.. rasanya rambang mata nak pilih mana satu.. huiiii... dan la CF and CA bershopping sakan kat situ.. ahahahaa..





 
Proses mengetest selendang.. hehe..

Time ni CA menghadapi masalah pemakaian selendang dengan betul..
“eish.. macam mana niii.. nak pusing macam mana niii.. macam ni ker..?? ker macam ni..??”





“macam ni cara pakai dia.. meh sini nak tunjuk.. mula-mula kena belit sini, pastu naik sini, pin kat sini.. bla.. bla.. bla..”

CF menunjukkan kepakaran beliau dalam belit membelit selendang.. hahahahhhh..



Selesai membeli, kami pun membelah kan diri untuk meneruskan perjalanan, mencari ilham ke mana pulak arah tujuan selepas tu..



Tukar plan..

Masing-masing dah tak tahu hala tuju.. nak pergi mana yer.. semua tempat dah sebut.. Pantai Taman Gelora, Pantai Sepat, Pantai Batu Hitam, Teluk Cempedak, Mini Zoo... Mini Zoo..???? yes! So kami decide nak pergi Mini Zoo, letaknyer dekat-dekat dengan Kelab Golf.. dekat jugak dengan Teluk Cempedak..



Planningnyer lain, jadinyer lain..

Inila yang dikatakan kita hanya merancang.. tapi Allah yang tentukan.. yelah.. tak merancang pulak nak ker Mini Zoo ni.. tapi akhirnya tercampak jugak kami kat sini.. hahahahh..



Sampai kat Mini Zoo, hehe.. CF and CA seakan-akan bertukar watak.. saya pun nak tergelak and quite surprised dengan perubahan drastik lecturer-lecturer saya tu.. hehehehh.. bukan apa, saya tak rasa macam dengan lecturer.. tapi dengan kawan-kawan pulakk.. hehe.. kenapa..?? hehehehehehh... dua-dua bertukar jadi remaja riang.. macam saya jugak.. hahahahhh... CF, CA.. soryyy.. hehehe.. betul.. suka saya tengok diorang.. rasa macam tak ada gap antara kami.. ehehehee.. memang sporting habis dasyat lahh.. hehe.. tapi kat luar kuliah jer.. kalau dalam kuliah CF and CA buat macam tu, alamat pijak kepala ler student dia.. hahahahh.. nak-nak saya.. huah3..




Mula-mula sampai kat Zoo..




Ni antara khazanah yang ada kat Zoo tu..






Burung Merak


Burung Kasawari


Landak


Spesis Monyet
Tah la monyet apa..


Bergambar dengan kuda..





Sempat lagi main seesaw.. hahahh..





Buai laju-laju.. hahahahh..



UNEXPECTED ONE!



Kami melawat penghuni dalam Zoo tu dari satu ‘rumah’ ke ‘rumah’ yang lain.. CF masih setia dengan camera dia and masih setia menjadi photographer kami..  Sampai jer dekat Rumah Ular, CF mula menunjukkan reaksi kurang senangnya.. hehe.. uncomfortable.. ular beb.. memang lar tak senang duduk.. hehe..







Kebetulan time kami kat situ kami nampak ada satu group lelaki yang berkumpul dekat-dekat dengan area tu.. eh,eh.. diorang pegang apa tu yer..?? emm.. apa tu..




 
Herrkkkkkkk...! ularr.......!


Rupanya diorang duk main dengan ular kat situ.. masa ni CA terlalu excited nak pergi tengok, CF  and CR dah mula cuak.. hehe.. saya?? Saya mestilah join CA.. nak pergi tengok..! asal nya nak tangkap gambar ular tu jer.. tapi abang tu offer lebih lagi.. katanya kalau nak pegang pun boleh.. tidak merbahaya.. betul ker..???

Saya nak cuba jugak tapi takutt!!!! CA yang sangat-sangat berani nak test pegangg.. eeii... CA ni betul ke tak, nak pegang?? Macam ye ye jer.. saya memang tak pernah pegang ular... hadeii.. seumur hidup memang tak pernah.. eeiiiii.. GELI~



Tu dia.. dengan keyakinan yang tersangat tinggi CA memberanikan diri pegang ular.. eeii~


Time ni sebenarnya banyak kali dah CA terlepas ular tu.. jatuh bedebok lar ‘Si Kuning’.. empunya ular tu sabar jelah tengok ‘member’ die jatuh.. hehe.. dia nak marah jugak la sebenarnya.. tapi nak buat macam mana.. dah geli.. hahaha.. CA pun dah tau geli tapi masih kuat semangat nak pegang.. bagus! bagus!



Muka cuak tuuu...! eeii~


Saya pun tak melepaskan peluang nak merasa pegang ular ni.. eeii.. geli + takut.. tapi saya cuba jugak laarr.. rela dalam paksa..! hahaahh... kalau ingat-ingat balik.. eeeeeeiiiiiiii.. gelinyerr.. macam mana saya boleh pegang ekkk..??



 
Ni ada seekor lagi.. tapi yang ni nampak seram jer.. ular tebu kan namanya.. saya pun tak pasti.. selalunya dalam TV memang ular ni la yang berbisa.. uishh..



Beranila sangat abang nie.. eeii.. tengok muka dia.. selamber jer.. eih..

Masa ni CF dah lari jauh.. hehe.. takut katanya.. hehe.. nak ambik gambar kami pun jauh-jauh.. CF.. CF.. time ni seriously saya memang nak gelak dengan CF.. hehe.. memang tak pernah tengok muka CF sesangat cuak.. hadeii.. CR pun menyepikan diri.. takut mungkin..?
Time saya tengah syok tengok ular tu, saya tak perasaan yang saya duduk dekat dengan 1 kotak agak tak besar and agak tak kecil.. abang yang kat atas ni tegur saya..
“awak duk dekat-dekat kotak ni, ada ular dalam ni awak tau..”
Bila dia cakap macam tu, serta merta kaki saya ni cepat jer undur ke belakang.. dia kata kalau nak tengok dia nak bukak.. bila dia bukak jerrr.. ambik nak kau..! bapak besar errrrrrr....!





 
Besar giler~


Time ni memang melompat sangat la saya pun.. CF masa tu memang takut nampaknyer, bila CF jenguk kat ular tu, memang dia pun terkejut.. memang semua sangat-sangat terkejut lahh.. eishhh.. bahaya betul..



Mulut ular ni kena ikat..



Tu diaa.. mak aiiii.. besar kan.. agak panjang jugaklahh.. eeii~


Terpaku lah semua orang bila abang ni tiba-tiba jer tarik ular ni keluar.. memang seriau bak kata CF.. eishh.. nak bergambar..? sudah semestinyalah CA yang mulakan dulu.. hahahahhh.. berani betul CA.. nampak ayu jer.. tapi.. uish.. dasyat..!



Tengok tuu.. memang tak ada siapa la boleh tanding keberanian CA.. cayalah CA..!




Time ni hanya Allah je yang tahu betapa la ketakutan menguasai diri.. hadeii.. ular ni agak bahaya rasanya.. tuan ular ni pun ada cara nak buat ular ni jadi ‘baik’ sebelum snap gambar.. takut.. takut.. eeeiii~






 

Eh, eh.. baru jumpa CF.. hehehehehe.. rasa saya ni jela satu-satunya gambar CF dengan ular.. hehe.. takut and geli kata CF.. hehe.. muka memang cuak habis lah time ni.. tak apa CF.. apa-apa pun tahniah sebab CF berjaya memotivatekan diri untuk menjadi seorang yang berjaya memberanikan diri bergandingan dengan ular time nih.. macam tulah seorang motivator.. hahahahahahhh.. maap yer CF..~ comel muka CF time takut ni.. heheheeh..




 
Ish.. ish.. rasa-rasa saya memang tak nak langsung pegang ular nih.. tapi nak jugak pegang.. ni tak ada lain, CA la sebabnya.. hehe.. saya tengok CA nak pegang ular ni, saya pun nak jugak la try.. abang tu kata ular ni pun jinak.. eeiiii..
beranikah aku~~
 

Frust lagii..!

Puas dah main ular, dengan rasa tidak percaya yang masih berbaki dalam kepala nih, kami pun bergerak semula ke Megamall Kuantan.. lepas zohor kat situ, CF cuba sekali lagi tanya kat kaunter bowling samada kami still ada can nak main or tak.. dan ternyata.. memang kami tak ada rezeki nak berbowling hari tu.. memang frust yang paling dasyat larr masa tuh.. hadeii.. yelah.. semalamnya tak boleh nak tidur excited nak main bowling.. last last tak jadi.. huuuuuu.. betul lah kata CF..  ‘jangan kita suka sangat’.. ni lah dia jadinya..




 
Muka tengah frust..



Kita makan pulak..
 
CF cakap ada satu tempat makan yang mana bila kita keluar jer dari tempat tu kita akan ceria and dah tak frust-frust lagi.. sesuai la tempat makan tuh dengan keadaan kami yang tengah kecewa time tu.. jadi CF pun bawak la kami ke RADIX CAFE Kuantan.. pernah dengar tak..?? tak pernah? Haa, siapa-siapa yang duk Kuantan boleh la datang kat RADIX CAFE nih makan..








Ni la tempat kami lunch..





Tempat dia agak eksklusif.. kalah Zenith Hotel..! hahahahh..





Kaunter..


Kat sini makanan semua sedap-sedap.. memang berselera sangattt..



Menu dia..



Saya order yang ni..


Nasi Herba..



and yang ini..




Cocoa Milk Shake..


Sedap~~



Add-on..
Kentang goreng and murtabak mini..



Spring Roll..



Menjamu selera..




Dah habis makan..


Licin~
 
Ahahahahh..



Sebelum balik, saya dapat snap gambar aiskrim.. hehe.. curi-curi.. shhh.. hehehee..






Nampak sedap.. lain kali cuba..



Tak dapat main bowling, main pantai pun jadilaarr..

Lepas makan, kami singgah kat East Coast Mall.. dengan harapan kat situ ada pusat bowling.. tapi hampa.. hadei.. harap jer ECM tu besar.. tapi pusat bowling pun tak ada.. apa daaaa.. kami pun untuk sekian kalinya frust, plan pulak nak ke Teluk Cempedak.. 

Kat sini, memang hilang terus rasa kecewa tak boleh main bowling.. kenapa..?? hehehe..


Main pantai tuu...



Happy sangat la masa ni..









Haa.. cuba teka ni patung ke manusia..??

Kalau nak tahu, pergi la ke Teluk Cempedak and cari menda ni then tanya menda ni sendiri..

Awak patung ke manusia..??

 hahahahahhh~

Apa-apa pun.. saya sangat-sangat gembira dapat join CF,CA and CR jalan-jalan hari tu.. memang tersangat enjoy walaupun agak frust sebab xdapat berbowling.. thanks CF,CA and CR.. satu kenangan yang tidak akan saya lupa~

(~_~)




Hello there !

I'm Dieyaa. Welcome to my blog!