topbella

Saturday 31 December 2011

Happy New Year !!






p/s : selamat tahun baru, azam baru, umur baru, kehidupan baru, niat baru dan iman baru. :D



6 Safar 1433H
Kg. Air Hitam,
Kuantan Pahang.

Sunday 25 December 2011

New Weds


Andai Sudah Jodoh..

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )

Alhamdulillah, telah selamat memenuhi perutusan dua pasangan raja sehari hari ini..
Tetapi hanya sempat bersua dengan sepasangan raja sehari sahaja..
Kak Eda dan suami..




Semoga kehidupan dilimpahi kurnia dari Allah swt dan kekal hingga ke akhirnya. Ameen. :)





29 Muharram 1433H
Kg. Air Hitam,
Kuantan Pahang.

Tuesday 20 December 2011

Bersama Asnaf

Alhamdulillah..
Kursus menjana pendapatan bersama asnaf yang diadakan di Kolej Komuniti Gambang telah berjalan lancar.
selama dua hari mengikuti kursus tersebut, dapatlah saya dan urusetia yang lain serta semua peserta yang terpilih mendalami ilmu yang diajarkan.

dua kursus yang disediakan oleh MUIP which are Kursus Pendawaian Asas dan Kursus Aksesori Kristal Swarovski dan Mutiara. sepanjang mengikuti kursus ini, kami menginap di Agro Resort Semuji Gambang. kursus ini telah pun tamat dengan jayanya dan masing-masing pulang dengan sedikit ilmu baru untuk diapplykan dalam aktiviti harian mereka untuk menjana dan menambah pendapatan.





 



 

 








antara ramai-ramai peserta, ada seorang peserta yang menarik perhatian saya..
seorang OKU yang sangat lincah membuat kraftangan. di sini saya dapat melihat, pada kekurangan yang Allah berikan sebagai ujian hidup, terselit kelebihan yang tidak mampu dilakukan oleh kita, manusia normal. itulah kuasa Allah.



 


hmm, renungkan seketika ~

p/s : thanks pada kak sida muip and ustaz rahman muip. had learned something new ~


23 Muharram 1433H
Muip's Hostel,
Pekan Pahang.

Wednesday 14 December 2011

Unta Menjadi Hakim

Pada zaman Rasulullah s.a.w., ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Rasulullah s.a.w. lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada 
Rasulullah s.a.w., "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

Kemudian 
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?" Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta." Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar." Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku." 
Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi 
Allah s.w.t. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t. melalui seekor unta yang menghakimkannya. 


p/s : let's grab the reward of selawat. :)


14th December 2011
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang.


But With Allah..

Sering terjadi kepada kita.
Apa yang dirancang, tidak berjalan dengan lancar..
Malahan..
Lain yang diharap, lain yang datang kepada kita.
Terfikir juga..
Berat benar rasa ujian yang Allah kirimkan.
It’s all depend on us samada tabah atau tidak untuk menghadapinya.
Bagi yang merasai kuatnya iman di dada..
Maka insyaAllah mudahlah baginya untuk melalui dugaan yang sedia menanti.
Manakala bagi yang agak goyah keimanannya..
Mungkin akan menjadi lemah bahkan juga akan tersungkur..
Kerana gagal mempertahankan iman dalam diri.
Hanya mampu berdoa agar diri sentiasa dilindungi.
Dan kuat mengharungi semua ujian yang datang.
Apa yang penting.. sentiasa percaya Allah itu ada.
Dan Dia sentiasa berada bersama kita..
Membantu di saat memerlukan.
As long as we believe in Him and redha with all His tests.
InsyaAllah.. everything will be alright.

“ Sick of crying.. Tired of trying.. Yeah, i’m smiling but inside.. i’m dying.. ”

But with Allah..

I’m stronger than i think..!


 
14th December 2011
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang.

Sunday 11 December 2011

Tersembunyi Rahsia Kasih Sayang Tersirat



Ibu bapa adalah anugerah terbesar dari Allah swt kepada hambaNya.
Tanpa mereka , tiadalah kehidupan bagi kita di dunia fana ini.
Tanpa mereka juga, kita tidak akan berpeluang untuk melihat keindahan ciptaanNya di muka bumi ini.
Setiap ibu bapa telah diberi rasa kasih yang melimpah ruah untuk dicurahkan kepada anak-anak.
Cuma cara menzahirkan kasih sayang itu berlainan dan tersendiri.

Kadangkala, rasa kasih itu dipamerkan melalui ketegasan, kemarahan, dan leteran..
Sebagai anak, kita tidak seharusnya memandang cara tersebut dari sudut pandangan negatif.
Bermaksud, kita memikirkan dengan cara begitu, ibu bapa tidak menyayangi kita walhal itu adalah satu cara mereka menunjukkan rasa kasih terhadap kita.

Ada ibu bapa yang mempunyai ego dalam diri.
Mereka tidak pernah menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak dengan mesra.
Selalu berkeadaan marah-marah atau merungut dengan anak-anak.
Bila dalam keadaan begini, semua akan melihat dari negative side.
But, siapa tahu apa yang bermain dalam hati mereka.
Apabila difikirkan semula.. hmm.
Ibu bapa mana yang tidak sayang anak?
Marah tanda sayang. :)

Ya..
Terkadang saya juga turut merasakan perkara yang sama..
Bila dimarahi atau dileteri oleh parents, saya akan berkecil hati.
Sedangkan tanpa saya sedari, itu adalah kasih sayang yang cuba mereka berikan kepada saya.

Selalunya kemarahan dan leteran serta rungutan dari kedua mereka adalah tersurat.
Dan di sebalik semua itu sebenarnya tersembunyi rahsia kasih sayang yang tersirat..

Apapun saya bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang menyayangi saya, no matter how they show their love to me.
Saya pun sayang anda berdua.   ^.^


"Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."
ameennn ~


11th December 2011
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang.


Hello there !

I'm Dieyaa. Welcome to my blog!