topbella

Wednesday 26 December 2012

Mensyukuri Nikmat Allah


Ibn Abbas r.a meriwayatkan : " Setelah Nabi Ibrahim a.s. hidup berjauhan dengan anaknya yang tercinta; Nabi Ismail a.s. yang membesar di Makkah dan sudah berkahwin dengan seorang gadis daripada kabilah Jurhum, baginda telah datang dari Palestin untuk menziarahi anak dan menantunya.

Sesampainya di sana, tanpa memperkenalkan dirinya baginda bertanya : 'Dimana suamimu?'

Isteri Nabi Ismail menjawab: 'Suamiku telah keluar bekerja.'

Nabi Ibrahim bertanya lagi tentang keadaan hidup mereka, lalu si isteri mengadu kepada lelaki tua yang tidak dikenali itu bahawa mereka hidup dengan penuh kesusahan dan kesempitan.

Nabi Ibrahim memohon izin untuk beredar dan berkata: 'Sampaikan salamku kepada Ismail dan beritahu dia supaya menukar bendul rumah ini.'

Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya menceritakan kedatangan lelaki tua tersebut serta pesanannya yang ganjil agar baginda menukar bendul rumahnya.

Baginda terus berkata : 'Itu ayahku dan pesanannya bermaksud agar aku menceraikan kamu. Oleh itu, aku ceraikan kamu. Pulanglah kepada keluargamu.'

Setelah berapa lama, Nabi Ibrahim datang lagi menziarahi anaknya Nabi Ismail, yang kebetulan tiada di rumah kerana keluar mencari rezeki. Apabila ditanya kepada isteri kedua Nabi Ismail tentang kehidupan mereka, beliau menjawab dengan sentiasa memuji Allah dan mensyukuri keadaan hidup mereka yang sederhana.

Setelah mendengar jawapan tersebut, baginda beredar dan meninggalkan pesanan kepada menantunya agar suaminya (Nabi Ismail) mengekalkan bendul rumahnya.

Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya bercerita berkenaan lelaki tua serta pesanannya yang ganjil itu. Nabi Ismail berkata : 'Itu ayahku, dan engkaulah yang dimaksudkan dengan bendul rumah. Pesanannya bermaksud agar aku mengekalkan engkau sebagai isteriku.' "

(Riwayat al Bukhari, no.3363)




Taken from : Majalah Solusi 

13 Safar 1434H
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang.




Friday 16 November 2012

Kasih Padamu - Hafiz Hamidun




Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa


Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga


Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah


Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat


Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu


Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa


Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku…..






02 Muharram 1434H
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang.


Wednesday 17 October 2012

Apa Itu Islam?



Islam dari segi bahasa ialah
tunduk dan menyerah kepada Allah swt.
Dari segi istilah syarak pula
ialah agama yang dibina
di atas lima asas,
iaitu:

Syahadah iaitu penyaksian
bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah,
Rasul pesuruh Allah.

Mendirikan sembahyang dalam waktunya
dengan rukun dan syarat yang sempurna serta menjaga sunat dan adabnya.

Mengeluarkan zakat.

Berpuasa di bulan Ramadhan.

Menunaikan haji sekali seumur hidup bagi sesiapa
yang berkemampuan dan
memiliki keperluan untuk bermusafir seperti bekalan, kenderaan dan belanja nafkah ahli keluarganya.


1 Zulhijjah 1433H
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang

Wednesday 26 September 2012

Ya Tuhan..


Ya Allah..
Jika benar jalan ini yang terbaik buat hamba,
Engkau turunkanlah rahmatMu 
untuk mengiringi perjalanan hamba, 
untuk melindungi diri hamba..
Andai hamba tersalah membuat pilihan..
Tunjukkanlah kepada hamba jalan sebenar-benarnya.
Agar hamba tidak tergelincir dari jalan yang betul.
Tidak terpesong dari ketentuanMu.
Engkau restuilah hamba 
serta berikan hamba kekuatan
ya Rabb..
Hamba mohon agar diri ini mudah menghadapi sebarang kesulitan yang tidak hamba ketahui. 
Ya Arif..
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang ada di hadapan juga di belakang hamba, 
dimana tidak sikit pun hamba mengetahuinya.. 
Ya Allah..
Hanya padaMu hamba hamba berharap.
Hanya padaMu hamba meminta pertolongan..

~Ameen~





Monday 24 September 2012

Ummul Kitab ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam..


Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Pemilik hari pembalasan..


Hanya kepada Engkaulah kami menyembah..


Dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan..


Tunjukkan kami jalan yang lurus..


Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat 


kepadanya, bukan jalan mereka yang Engkau murkai..


Dan bukan pula jalan mereka


 yang sesat..





08 Dzulkaedah 1433H
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang.



Thursday 2 August 2012

Kelebihan Seorang Penghafal Al-Quran


Buat Hafiz / Hafizah, banyak kelebihan yang Allah anugerahkan untuk kamu. Let’s check :)

Menjadi orang istimewa Allah swt

Daripada Anas r.a., Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga terdiri daripada manusia.” Kemudian Anas bertanya : “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Iaitu ahli al-quran (orang membaca atau menghafal al-quran dan mengamalkan isinya). Merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah.” (Riwayat Ibn Majah)

Hati yang tidak diseksa

Daripada Abdullah bin Mas’ud, r.a., Nabi saw bersabda yang bermaksud: “bacalah al-quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang menghafal al-quran. Sesungguhnya al-quran ini hidangan Allah, sesiapa yang memasukkannya, ia akan aman. Dan sesiapa yang mencintai al-quran, maka hendaklah ia gembira.” (riwayat al-tirmizi dan al-nasa’i)

Memberi syafaat kepada keluarga

Mafhum sabda Rasulullah saw : “sesiapa membaca al-quran dan menghafalnya maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan masuk neraka.”(riwayat al-tirmizi dan al-nasa’i)

Ibubapa memperoleh pahala khas

Kedua-dua orang tua penghafal al-quran diberi dua helai pakaian baru dan bagus, malah harganya tidak dapat dibayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua-dua orang tua itu kemudian bertanya: “kenapa kami diberi pakaian sebegini?” kemudian dijawab, “kerana anakmu menghafal al-quran.”

Mendapat tingkat syurga tertinggi

Daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah saw bersabda, mafhumnya : “jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat al-quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafal al-quran ialah tingkat yang paling atas, tidak ada tingkat lagi sesudah itu.” (riwayat al-baihaqi dan al-hakim)


p/s : 
So, bersyukur dengan kelebihan yang ada pada diri kamu tetapi tidak ada pada diri orang lain. Yang penting sentiasa amalkan dan jangan ditinggalkan. Kelebihan dan nikmat Allah itu selalu menjadi milikmu for sure. :)
Taken From : Majalah Solusi

13 Ramadhan 1433H,
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang.

Thursday 26 July 2012

When I Forgot To Say "Alhamdulillah"


Dear Allah..
Perhaps I forgot to thank You of all thing i got in my life..
I was too happy without thinking that i never say "alhamdulillah".
Was so excited until I lived in my own world and didn't look others.
Smile on my face always given in each and every seconds, to each and everybody..
Laughing everywhere..

Suddenly awake.. 
Where's my soul as muslim..?
Why my action was unrepresent me as a muslim.?
I should haven't do that kind of attitude.
It should be full of thanks to You, zikr, pray, and worshiped..
But it was too late when i realized all of it.

It's very, so, and too late..
Everything's gone now..
When You took the thing You gave to me..
On that time, I just look and see.. 
And do nothing..

What i can do only wipe up my tears.
And regreting myself.. 
And think, think, thinking over again..
If I could change everything to be as what it was to be before..
I would remember only One. 
Allah.

"..oh My Lord, forgive me on what i've done last few days.. i know my mistakes. i know i had over the limit. i seek for Your forgiveness.. Please give a peace, a tranquility, and a calmness for me to go through on these coming days.."

moral of the story : 

jangan terlalu gembira dengan apa yang kita dapat. kerana sesungguhnya Allah boleh menarik nikmat yang telah Dia berikan pada bila-bila masa sahaja, dan tidak kira di mana-mana pun, juga dalam apa jua bentuk sekalipun. dan ingatlah, ujian Allah sentiasa ada di sekeliling kita. lebih-lebih lagi pada bulan ramadhan ini. yang mana menganaiya, terimalah balasan dariNya. manakala yang teranaiya, sabar dan tunggulah pengadilan yang Allah bakal berikan pada mu. sungguh janji Allah itu pasti ~


06 Ramadhan 1433H,
Kg. Air Hitam,
Kuantan Pahang.



Sunday 15 July 2012

Ramadhan Is Coming



Menjelang Ramadhan, Rasulullah saw telah menyatakan : -


"..telah datang kepada kamu satu bulan yang merupakan penghulu segala bulan, maka ucapkanlah selamat datang kepada penghulu segala bulan itu.."


Bagi mereka yang mempunyai kekuatan iman dan sangat 'akrab' dengan Allah swt, mereka akan merasakan tidak sabar untuk menemui bulan ramadhan. Dan mereka mengharapkan setiap bulan dalam 12 bulan adalah bulan ramadhan. Itulah kehebatan orang yang tinggi imannya, bukan sekadar beriman.


As we know, ramadhan comes with one thing for sure. Blessings. 
Prophet Muhammad saw (PBUH) said that :-


"..telah datang bulan ramadhan itu dengan membawa pelbagai rupa keberkatan di dalamnya.."


Keberkatan dalam setiap apa jua perkara baik yang dilakukan pada bulan ramadhan. Perkara-perkara wajib mahupun sunat. Bersiap sedialah dengan amalan-amalan baik untuk dilaksanakan sepanjang ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi. Di situ keberkatan, kerahmatan, dan pahala dapat diraih dengan mudah. InsyaAllah. 


Rasulullah saw juga menyatakan pada hari terakhir di bulan Syaaban : -


"..wahai manusia, sesungguhnya kamu akan didatangi oleh bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang mempunyai satu malam yang berkat dipanggil malam Lailatul Qadar yakni malam yang terbaik dari 1000 bulan. Bulan yang Allah telah jadikan puasanya satu fardhu dan qiyam yang tiada pada bulan-bulan lain. Barangsiapa yang mendekatkan diri dengan Allah dengan amalan kebajikan sunah di bulan ramadhan, ganjarannya sama seperti melakukan satu amalan fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang mengerjakan satu amalan fardhu di bulan ramadhan, Allah akan memberikan ganjaran seperti 70 amalan fardhu di bulan lain.."


Dear muslims, let's prepare to welcome ramadhan and prepare to grab rewards offered by Him. May we bestowed with the full blessing of Allah this ramadhan. Ameen. :)





Taken from : Tazkirah Jumaat MUIP



25 Syaaban 1433H
Kg Air Hitam,
Kuantan Pahang.



Tuesday 26 June 2012

Solat Itu Cahaya

Sembahyang itu cahaya..
Apabila seseorang hamba memelihara sembahyangnya..
Lalu dia menyempurnakan wudhu’, rukuk, sujud, dan bacaannya..
Maka sembahyang itu akan berkata padanya :

''Semoga Allah memeliharamu sebagaimana kamu memeliharaku.''

Dia dapat menaiki langit dengan sembahyangnya yang mempunyai 
nur (cahaya).
Apabila sampai sembahyang itu kepada Allah..
Maka ia akan memberikan syafaat kepada tuannya..






p/s : berusaha ke jalan menuju redha Allah..
06 Syaaban 1433H
Muip's Hostel,
Pekan Pahang.

Saturday 16 June 2012

Pengalaman Is Pengajaran


Setiap perkara yang dilalui itu merupakan satu pengalaman. Tidak kisahlah walau apa yang datang itu manis atau pahit. Each moment brings history. Each history brings an experience. Melewati zaman suka duka dalam kehidupan, kadangkala membawa seribu satu pengertian. Meniti dari satu peringkat ke satu peringkat umur yang lain sememangnya memberikan pengalaman yang sangat banyak. Ada ketikanya situasi yang datang tidak dapat diharungi dengan baik, dan ada ketika yang datang itu hanya perkara biasa yang dapat ditangani dengan mudah.

When problems come, intelligence is needed to solve it well. But sometimes, rationality lost when the solution failed to find. Ini memang selalu terjadi pada kita. I do acting exactly like that when i got problems which i can’t solve. But when i think it back, i’m glad to live surrounded by educated and kind people where they’re always advising me to take action in a good way.

“Think before you do.”
And..
“Think before you speak.”

Actually, can’t simply taking action towards problems without thinking the risk. The saying, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, perbuatan, tidak akan dapat diundur lagi” is right. Be careful in saying and doing anything. Thinking of others. That’s very important. That’s the use of EXPERIENCE.

Back on the track. :)

Masalah dalam kehidupan itu adalah pengalaman. And experience never come alone. It comes together with lessons to teach us how to live the life. Perlu untuk beringat sentiasa pada setiap apa yang telah terjadi sebelum ini, supaya kita lebih berhati-hati pada masa akan datang. Pengalaman itu satu pengajaran. How nice we conduct our life is depends on how good we appreciate the pengajaran we got from our experience.

Pengalaman yang menjanjikan pengajaran itu sekurang-kurangnya dapat mengajar diri bagaimana untuk menghadapi hari mendatang. Tak usah mengeluh atau kecewa apabila pengalaman yang tidak diingini dalam hidup, datang menghantui kita. Sebenarnya, itu lagi mematangkan diri sendiri. Mengajar mengenali diri. Mengajar memperbaiki apa yang kurang. Pengajaran itu selalu datang dalam keadaan menyakitkan namun, ia memberi peringatan serta kesan berpanjangan kepada sesiapa yang menilai dengan mata hati. Kesilapan boleh diperbetulkan dengan syarat berkehendak untuk berubah dengan ikhlas.

But once we refuse to accept the lessons from what we go through before, we can’t reach the best experience in life. Eventhough it’s hurt, yakinlah bahawa ia adalah satu kebaikan buat kita.

"..but perhaps you hate a thing and it is good for you, and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.." (Al-baqarah 2: 216)

Marilah bersama-sama menghargai dan menilai setiap pengajaran dari pengalaman yang ada. Supaya mudah mengharungi masa depan. Supaya mudah untuk merubah diri sedikit demi sedikit ke arah kebaikan. Perubahan itu dilakukan secara berperingkat, bukanlah drastik. Kerana kita adalah manusia biasa. But as long as we’re willing to change ourselves, the life-peace is always there for us. (reminding myself) ~





26 Rejab 1433H
Kg, Air Hitam,
Kuantan Pahang.


Sunday 13 May 2012

Number One For Me ^^

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed


Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day

And now I finally understand
Your famous line
About the day I'd face in time
'Cause now I've got a child of mine
And even though I was so bad
I've learned so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kid the way you do


You know you are the number one for me
Oh, oh, number one for me
There's no one in this world that can take your place
Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me


You know you are the number one for me
Oh, oh, number one for me




p/s :

 
Dear Mom,
I may not like you all the time..
But i love you always.. 

22 Jamadilakhir 1433H
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang.


Friday 27 April 2012

Conversation On Hijab






A guy asked a Muslim: Why do your girls cover up their body and hair?

The Muslim guy smiled and got two sweets,
He opend the first  one and kept the other one closed.
He threw them both on the dusty floor and asked the guy: If I asked u to take one of the sweets which one You will choose?

The Man replied:The covered one.
Then the Muslim said that'...s how we treat and see our women  =) 



6 Jamadilakhir 1433H
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang.



Friday 20 April 2012

Dear My Khaliq ~

“..Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar..”
(Al-Baqarah : 155)

Ya Allah..
Berikanlah hamba sedikit kekuatan..
Berikanlah hamba sedikit ketabahan..
Kuatkanlah semangat hamba dalam menghadapi hidup ini..
Yang telah engkau aturkan untuk hamba lalui..
Teguhkanlah iman di dada hambaMu ini ya Rabb..
Iman yang kekal abadi..
Pinjamkan sedikit kesabaran untuk hamba tempuhi semua ini dengan redha..
Redha kepadaMu ya Allah ya Rahman..
Ya Rabb..
Tanpa bantuan dariMu yang Maha Pemurah..
Tiadalah dapat hamba menempuh semua ini ya Allah..

“..ya Allah, hamba mengharapkan pelindungan dari Mu dari rasa sedih dan rasa gelisah..”



..ameen ya rabbal ‘alameen..

28 Jamadilawwal 1433H
Muip's Hostel,
Pekan Pahang.


Tuesday 17 April 2012

Si Hitam Dan Si Putih


Tersebutlah kisah di zaman dulu. Di sebuah kampung, ada dua orang sahabat rapat. Nama dua sahabat ini ialah Hitam dan Putih. Teramatlah baik mereka ini sehinggakan orang ramai mengatakan mereka ini adik beradik.

Nak di jadikan cerita, satu hari berlakulah sengketa besar antara mereka. Besar sungguh sengketa mereka hingga mulai dari hari itu mereka tidak lagi bertegur sapa. Bukan itu sahaja, disebabkan teramat marahnya Hitam terhadap Putih, habis semua cerita buruk Putih yang sebelum ini disimpan oleh Hitam diceritakan kepada orang lain. Biasalah manusia, nak menyedapkan cerita-cerita ini, Hitam mula menokok tambah sana sini rahsia Putih.

Putih amatlah sedih dan marah apabila mendengar cerita-cerita yang dihebahkan oleh Hitam itu. Disebabkan itu, Putih jatuh sakit. Makin lama semakin teruk penyakit Putih hinggakan orang-orang kampung merasakan hidup Putih sudah tidak lama lagi. Maka orang-orang kampung bersungguh-sungguh memujuk Hitam agar berdamai dan memohon maaf dengan Putih. Mula-mula disebabkan ego, Hitam berkeras tidak mahu memohon maaf. Tapi orang-orang kampung itu tidak berputus asa. Maka teruslah mereka memujuk Hitam hingga lembut hati Hitam.

Maka pergilah Hitam menziarahi Putih. Hitam memohon maaf dari Putih. Namun Putih hanya berdiam diri sambil memandang sayu terhadap Hitam. Setelah berkali-kali Hitam cuba memohon maaf, Putih menyatakan beliau boleh memaafkan Hitam dengan syarat Hitam membelikan untuk beliau seguni kekabu. (bahan yang digunakan untuk mengisi bantal). Bergegaslah Hitam pergi mencari seguni kekabu. Puaslah Hitam mencari kekabu tersebut di pasar. Nasib menyebelahi Hitam apabila Hitam berjaya membeli kekabu tersebut dari seorang wanita tua.

Hitam lalu bergegas semula ke rumah Putih dan menyerahkan kekabu tersebut kepada Putih. Sekali lagi Hitam meminta Putih memaafkan beliau. Kali ini, sebelum beliau memaafkan Hitam, beliau meminta Hitam menaiki satu tempat yang paling tinggi di kampung mereka itu dan kemudian menebarkan segala kekabu dalam guni itu agar kekabu itu berterbangan dan memenuhi segenap pelusuk kawasan di situ.


Hitam tidak banyak soal. Dia lantas memikul guni kekabu itu dan mencari tempat paling tinggi di kampung mereka itu. Cari punya cari, sudahnya Hitam ternampak sebuah bukit dan tiadalah tempat yang lebih tinggi dari puncak bukit tersebut. Dengan susah payah, Hitam mendaki bukit tersebut sambil memikul guni kekabu itu. Sampai di puncak, Hitam termenung sejenak memerhatikan keindahan alam. Setelah puas, Hitam mula menebarkan segala kekabu dalam guni tersebut hingga tiada langsung kekabu dalam guni itu. Hitam memerhatikan kekabu itu terbang ditiup angin hinggakan ada kekabu yang terbang itu hilang dari pandangan beliau. Dilipat guni yang kosong itu dan hasrat Hitam mahu membuktikan apa yang dipinta Putih telah ditunaikan beliau.
Dengan hati yang girang, Hitam berjalan menuju ke rumah Putih. Sangkanya kali ini, Putih pasti akan memaafkan beliau. Sampai sahaja di rumah Putih, ditunjuk guni yang kosong itu kepada Putih. Hitam dengan penuh harapan memohon maaf kepada Putih. Putih memandang tepat smbil berkata dengan perlahan-lahan. "Hitam, jika kamu benar-benar ingin aku memaafkan kamu, aku ada permintaan terakhir. Aku pasti memaafkan kamu jika kamu laksanakan permintaan aku ini. Aku mahu kamu kutip segala kekabu yang telah kamu tebarkan dari puncak bukit itu tadi!" Terduduk Hitam mendengar permintaan Putih itu.


Apa pelajaran dari cerita ini?
Fitnah itu amat menyakitkan. Belum tentu sakitnya boleh sembuh walaupun banyak tenaga, masa dan wang digunakan untuk menyembuh penyakit terkena fitnah ini.






Taken From : Article iluvislam.coM

25 Jamadilawwal 1433H
Muip's Hostel,
Pekan Pahang.


Hello there !

I'm Dieyaa. Welcome to my blog!