topbella

Wednesday 26 December 2012

Mensyukuri Nikmat Allah


Ibn Abbas r.a meriwayatkan : " Setelah Nabi Ibrahim a.s. hidup berjauhan dengan anaknya yang tercinta; Nabi Ismail a.s. yang membesar di Makkah dan sudah berkahwin dengan seorang gadis daripada kabilah Jurhum, baginda telah datang dari Palestin untuk menziarahi anak dan menantunya.

Sesampainya di sana, tanpa memperkenalkan dirinya baginda bertanya : 'Dimana suamimu?'

Isteri Nabi Ismail menjawab: 'Suamiku telah keluar bekerja.'

Nabi Ibrahim bertanya lagi tentang keadaan hidup mereka, lalu si isteri mengadu kepada lelaki tua yang tidak dikenali itu bahawa mereka hidup dengan penuh kesusahan dan kesempitan.

Nabi Ibrahim memohon izin untuk beredar dan berkata: 'Sampaikan salamku kepada Ismail dan beritahu dia supaya menukar bendul rumah ini.'

Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya menceritakan kedatangan lelaki tua tersebut serta pesanannya yang ganjil agar baginda menukar bendul rumahnya.

Baginda terus berkata : 'Itu ayahku dan pesanannya bermaksud agar aku menceraikan kamu. Oleh itu, aku ceraikan kamu. Pulanglah kepada keluargamu.'

Setelah berapa lama, Nabi Ibrahim datang lagi menziarahi anaknya Nabi Ismail, yang kebetulan tiada di rumah kerana keluar mencari rezeki. Apabila ditanya kepada isteri kedua Nabi Ismail tentang kehidupan mereka, beliau menjawab dengan sentiasa memuji Allah dan mensyukuri keadaan hidup mereka yang sederhana.

Setelah mendengar jawapan tersebut, baginda beredar dan meninggalkan pesanan kepada menantunya agar suaminya (Nabi Ismail) mengekalkan bendul rumahnya.

Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya bercerita berkenaan lelaki tua serta pesanannya yang ganjil itu. Nabi Ismail berkata : 'Itu ayahku, dan engkaulah yang dimaksudkan dengan bendul rumah. Pesanannya bermaksud agar aku mengekalkan engkau sebagai isteriku.' "

(Riwayat al Bukhari, no.3363)




Taken from : Majalah Solusi 

13 Safar 1434H
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang.




Hello there !

I'm Dieyaa. Welcome to my blog!