topbella

Sunday 26 January 2014

Usang..


Bismillahirrahmanirrahim..

Jari jemari cukup menggeletar ketika menyentuh papan kekunci di lappy. 

Maklumlah, tempoh yang terlalu lama meninggalkan hobi yang satu ni cukup membuatkan saya lupa macam mana nak memulakan kata-kata.

Ya, demi sesungguhnya saya telah membiarkan rumah saya ini penuh dengan sawang.

MasyaAllah.

Berdebu!

Berhabuk!

Maaf..

Bukan tiada modal untuk dikongsi, malah beribu-ribu perkara masih tersemat dalam kepala untuk dicoretkan sepanjang peninggalan saya selama ni. Malangnya, berjuta-juta kemalasan sangat bermaharajalela dalam diri.

Mahu tapi malas.

Setiap kali ada kelapangan, niat hati memang nak menconteng-conteng di sini. Tapi itu hangat-hangat tahi ayam saje. Lappy ibarat merayu-rayu nak di on kan tapi handphone lebih mendahului. Itu adalah akibat apabila segalanya ada di hujung jari. Lappy yang jauh sejengkal memang sah-sah dipinggirkan.

Kesudahannya, lappy dipandang sepi.

Entah kenapa kegilaan di pagi hari ini kembali menjerumuskan saya ke dunia blogging. 

Gigih.

Mungkin datang rasa rindu untuk melakukan senaman jari macam dulu-dulu. Hehe.

Whatever it is, thank you so much to all my followers and visitors who keep visit my site here.
Also thousand apologize because there's no any updates yet from me to dance your eyes when you get in.

InsyaAllah this site gonna be activated after this. :)


p/s : semangat mula berkobar-kobar untuk kembali ke dunia khayalan.

24 Rabiulawal 1435H
Baiti Jannati,
Kuantan, Pahang.



Hello there !

I'm Dieyaa. Welcome to my blog!