Bismillahirrahmanirrahim..
Kita merancang, Allah juga merancang..
Kadang-kadang, kita perlu berdamai dengan aturan tuhan. Menerima dengan hati yang terbuka, redha dan ikhlas. Perlahan-lahan kita belajar memahami bahawa tak semua perkara yang kita mahukan itu mudah untuk kita dapatkan. Paling tidak, kita harus percaya Allah pasti akan berikan yang terbaik untuk kita.
Tangguh, tak semestinya tiada. Dapat, tak semestinya berkat.
Kuncinya satu, SABAR..
Zulhijjah 1444H,
Baiti Jannati,
Kuantan Pahang.