topbella

Wednesday, 28 June 2023

Good Things Come To Those Who Wait



Bismillahirrahmanirrahim..


Kita merancang, Allah juga merancang..

Kadang-kadang, kita perlu berdamai dengan aturan tuhan. Menerima dengan hati yang terbuka, redha dan ikhlas. Perlahan-lahan kita belajar memahami bahawa tak semua perkara yang kita mahukan itu mudah untuk kita dapatkan. Paling tidak, kita harus percaya Allah pasti akan berikan yang terbaik untuk  kita. 
Tangguh, tak semestinya tiada. Dapat, tak semestinya berkat.
Kuncinya satu, SABAR..


Zulhijjah 1444H,
Baiti Jannati,
Kuantan Pahang.




Monday, 12 June 2023

It'll End Someday..



Bismillahirrahmanirrahim..

"..One thing i wanna say,
hear me out,
listen to my voice.
Chances never come back,
when it's gone,
you'll know it'll end.."

-C&P-

p/s: been a long time

23 Dzulkaedah 1444H
Baiti Jannati,
Kuantan Pahang.



Thursday, 24 April 2014

Tanda Allah Sayang..



Bismillahirrahmanirrahim..

Merungut.

Seringkali kita tidak puas hati bilamana Allah datangkan macam-macam ujian pada kita. Kita menyesali ujian yang menimpa sehingga lupa ia datang dari Pencipta.

Bila sakit, kita merungut. Yelah, itu lumrah manusia. Sakit yang datang dianggap bala sedangkan Allah dah janjikan setiap kesakitan itu sebagai penghapus dosa yang kita lakukan.

"..tidak akan ditimpa sakit kepada seseorang hamba itu dari sakitnya tertusuk duri kecil sehinggalah sebesar-besar kesakitan melainkan untuk menghapus dosanya.."

Kita malah tidak sabar apatah lagi redha dengan apa yang berlaku sehingga kita selalu mempertikai kenapa sakit tu datang pada kita dan tidak pada orang lain. 

Itu adalah ujian untuk kita sebenarnya.

"..sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan dengan kemampuannya.."

  Tidak perlu kita sesali musibah yang datang kerana tanpa kita sedari, itulah tanda Allah sayang.

Mungkin kita perlukan masa untuk belajar menjadi sabar dan redha atas setiap apa yang terjadi dalam hidup kita.

Dalam waktu-waktu sukar macam ni, muhasabah diri adalah tindakan paling bijak. Mungkin di situ kita akan mengenali apa itu kasih sayang dari Allah. :)



24 Jamadilakhir, 1435H
Baiti Jannati,
Kuantan Pahang.





Sunday, 26 January 2014

Usang..


Bismillahirrahmanirrahim..

Jari jemari cukup menggeletar ketika menyentuh papan kekunci di lappy. 

Maklumlah, tempoh yang terlalu lama meninggalkan hobi yang satu ni cukup membuatkan saya lupa macam mana nak memulakan kata-kata.

Ya, demi sesungguhnya saya telah membiarkan rumah saya ini penuh dengan sawang.

MasyaAllah.

Berdebu!

Berhabuk!

Maaf..

Bukan tiada modal untuk dikongsi, malah beribu-ribu perkara masih tersemat dalam kepala untuk dicoretkan sepanjang peninggalan saya selama ni. Malangnya, berjuta-juta kemalasan sangat bermaharajalela dalam diri.

Mahu tapi malas.

Setiap kali ada kelapangan, niat hati memang nak menconteng-conteng di sini. Tapi itu hangat-hangat tahi ayam saje. Lappy ibarat merayu-rayu nak di on kan tapi handphone lebih mendahului. Itu adalah akibat apabila segalanya ada di hujung jari. Lappy yang jauh sejengkal memang sah-sah dipinggirkan.

Kesudahannya, lappy dipandang sepi.

Entah kenapa kegilaan di pagi hari ini kembali menjerumuskan saya ke dunia blogging. 

Gigih.

Mungkin datang rasa rindu untuk melakukan senaman jari macam dulu-dulu. Hehe.

Whatever it is, thank you so much to all my followers and visitors who keep visit my site here.
Also thousand apologize because there's no any updates yet from me to dance your eyes when you get in.

InsyaAllah this site gonna be activated after this. :)


p/s : semangat mula berkobar-kobar untuk kembali ke dunia khayalan.

24 Rabiulawal 1435H
Baiti Jannati,
Kuantan, Pahang.



Sunday, 16 June 2013

Meet Again!



Assalamualaikum.

Hey there, i'm back! :D





Make a first step and move forward then! Chill up. ^^

7 Syaaban 1434H
Baiti Jannati,
Kuantan Pahang.

Saturday, 26 January 2013

Protect Me

Dear Rabb..
I asked from You
for a super duper
strength and patience..
But You gave me a triple trouble and hardness..
The more I ask the strength from You,
the more You test me..
I do accept Your trials,
but I'm too worry that my patience
couldn't stay long..
Please protect me
from being bad..






14 Rabiulawal 1434H
MUIP Hostel
Pekan Pahang


Thursday, 24 January 2013

Wanita



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Engkaulah wanita istimewa

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


12 Rabiulawal 1434H
MUIP Hostel
Pekan Pahang



Wednesday, 23 January 2013

Umar Tidak Percaya Rasulullah Wafat


Wafatnya Rasulullah SAW sangat mengejutkan kaum Muslimin yang sedang berada di dalam masjid. Sebab, pagi harinya mereka melihat Nabi SAW menunjukkan tanda-tanda kesembuhan.

Setelah mengetahui hal itu, Umar segera ke tempat disemayamkannya jenazah Rasulullah. Ia tidak percaya bahawa Rasulullah sudah wafat. Ketika dia datang, dibukanya tutup wajah beliau. Ternyata beliau sudah tidak bergerak lagi.

Umar menduga bahawa Nabi sedang pengsan, tentu akan siuman lagi. Mughirah meyakinkan Umar atas kenyataan yang pahit ini, namun Umar tetap berkeyakinan bahawa Rasulullah tidak wafat. Oleh kerana itu Mughirah degil dan berkata kepada Umar, "Engkau dusta!"

Kemudian Umar keluar ke masjid sambil berteriak, "Ada orang dari kaum munafik yang mengira bahawa Rasulullah SAW telah meninggal dunia. Tetapi demi Allah, sebenarnya dia tidak meninggal, melainkan ia pergi kepada Tuhan, seperti Musa bin Imran. Ia telah menghilang dari tengah-tengah masyarakatnya selama 40 hari, kemudian kembali lagi ke tengah mereka setelah dikatakan dia sudah mati. Sungguh, Rasulullah pasti akan kembali seperti Musa juga. Orang yang menduga bahawa dia telah meninggal, tangan dan kakinya harus dipotong! "

Teriakan Umar yang kencang dan berulang-ulang ini didengar oleh kaum Muslimin di masjid. Mereka pun kebingungan. Mereka kemudian mengerumuni Umar, mempercayai pendapatnya, bahawa Rasulullah tidak meninggal.

Tiba-tiba Abu Bakar Ash-Shiddiq datang. Ketika dilihatnya kaum Muslimin dalam keadaan demikian, dan Umar sedang berpidato, ia tidak berhenti lama-lama di tempat itu melainkan terus ke rumah Aisyah tanpa menoleh lagi.

Ketika masuk ke rumah anak perempuannya, dilihatnya Nabi di salah satu bahagian dalam rumah itu sudah diselubungi burd hibara (kain buatan Yaman). Abu Bakar menyingkap selubung itu dari wajah Nabi dan menciumnya sambil berkata, "Alangkah indahnya di waktu engkau hidup, alangkah indahnya pula di waktu engkau mati. Demi ibu-bapaku, maut yang sudah ditentukan Allah kepadamu sekarang sudah sampai kau rasakan. Sesudah itu takkan ada lagi maut menimpa kamu. "

Sesudah itu, Abu Bakar keluar. Ternyata Umar masih bercakap dan meyakinkan orang-orang bahawa Muhammad SAW tidak meninggal. Orang banyak memberikan jalan kepada Abu Bakar. "Sabar, sabarlah Umar!" kata Abu Bakar, setelah ia berada di dekat Umar. "Dengar!"

Tetapi Umar tidak mau diam dan juga tidak mahu mendengar. Ia terus saja bicara. Abu Bakar menghampiri orang-orang itu seraya memberi isyarat, bahawa dia akan bercakap dengan mereka. Setelah mengucapkan puji syukur kepada Allah Abu Bakar berkata, "Saudara-saudara, sesiapa mahu menyembah Muhammad, maka Muhammad sudah meninggal. Tetapi barangsiapa mahu menyembah Allah, maka Allah selalu hidup dan tak pernah mati."

Kemudian Abu Bakar membacakan firman Allah, "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. " (QS. Ali Imran: 144).

Setelah didengarnya Abu Bakar membacakan ayat itu, Umar jatuh tersungkur ke tanah. Kedua kakinya sudah tak dapat menahan lagi, setelah ia yakin bahawa Rasulullah memang sudah meninggal dunia. Adapun orang banyak-yang sebelumnya sudah terpengaruh oleh pendapat Umar-begitu mendengar bunyi ayat yang dibacakan Abu Bakar, langsung sedar. Seolah-oleh mereka tidak pernah mengetahui bahawa ayat ini pernah turun. Dengan demikian segala perasaan yang masih ragu-ragu bahawa Rasulullah SAW sudah berpulang ke rahmat Allah, boleh dihilangkan.

Sumber Sejarah Hidup Muhammad oleh Muhammad Husain Haekal





Taken From : Source


11 Rabiulawal 1434H
MUIP Hostel
Pekan Pahang


Wednesday, 26 December 2012

Mensyukuri Nikmat Allah


Ibn Abbas r.a meriwayatkan : " Setelah Nabi Ibrahim a.s. hidup berjauhan dengan anaknya yang tercinta; Nabi Ismail a.s. yang membesar di Makkah dan sudah berkahwin dengan seorang gadis daripada kabilah Jurhum, baginda telah datang dari Palestin untuk menziarahi anak dan menantunya.

Sesampainya di sana, tanpa memperkenalkan dirinya baginda bertanya : 'Dimana suamimu?'

Isteri Nabi Ismail menjawab: 'Suamiku telah keluar bekerja.'

Nabi Ibrahim bertanya lagi tentang keadaan hidup mereka, lalu si isteri mengadu kepada lelaki tua yang tidak dikenali itu bahawa mereka hidup dengan penuh kesusahan dan kesempitan.

Nabi Ibrahim memohon izin untuk beredar dan berkata: 'Sampaikan salamku kepada Ismail dan beritahu dia supaya menukar bendul rumah ini.'

Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya menceritakan kedatangan lelaki tua tersebut serta pesanannya yang ganjil agar baginda menukar bendul rumahnya.

Baginda terus berkata : 'Itu ayahku dan pesanannya bermaksud agar aku menceraikan kamu. Oleh itu, aku ceraikan kamu. Pulanglah kepada keluargamu.'

Setelah berapa lama, Nabi Ibrahim datang lagi menziarahi anaknya Nabi Ismail, yang kebetulan tiada di rumah kerana keluar mencari rezeki. Apabila ditanya kepada isteri kedua Nabi Ismail tentang kehidupan mereka, beliau menjawab dengan sentiasa memuji Allah dan mensyukuri keadaan hidup mereka yang sederhana.

Setelah mendengar jawapan tersebut, baginda beredar dan meninggalkan pesanan kepada menantunya agar suaminya (Nabi Ismail) mengekalkan bendul rumahnya.

Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya bercerita berkenaan lelaki tua serta pesanannya yang ganjil itu. Nabi Ismail berkata : 'Itu ayahku, dan engkaulah yang dimaksudkan dengan bendul rumah. Pesanannya bermaksud agar aku mengekalkan engkau sebagai isteriku.' "

(Riwayat al Bukhari, no.3363)




Taken from : Majalah Solusi 

13 Safar 1434H
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang.




Friday, 16 November 2012

Kasih Padamu - Hafiz Hamidun




Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa


Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga


Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah


Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah

Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat


Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu


Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa


Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku…..






02 Muharram 1434H
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang.


Wednesday, 17 October 2012

Apa Itu Islam?



Islam dari segi bahasa ialah
tunduk dan menyerah kepada Allah swt.
Dari segi istilah syarak pula
ialah agama yang dibina
di atas lima asas,
iaitu:

Syahadah iaitu penyaksian
bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah,
Rasul pesuruh Allah.

Mendirikan sembahyang dalam waktunya
dengan rukun dan syarat yang sempurna serta menjaga sunat dan adabnya.

Mengeluarkan zakat.

Berpuasa di bulan Ramadhan.

Menunaikan haji sekali seumur hidup bagi sesiapa
yang berkemampuan dan
memiliki keperluan untuk bermusafir seperti bekalan, kenderaan dan belanja nafkah ahli keluarganya.


1 Zulhijjah 1433H
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang

Wednesday, 26 September 2012

Ya Tuhan..


Ya Allah..
Jika benar jalan ini yang terbaik buat hamba,
Engkau turunkanlah rahmatMu 
untuk mengiringi perjalanan hamba, 
untuk melindungi diri hamba..
Andai hamba tersalah membuat pilihan..
Tunjukkanlah kepada hamba jalan sebenar-benarnya.
Agar hamba tidak tergelincir dari jalan yang betul.
Tidak terpesong dari ketentuanMu.
Engkau restuilah hamba 
serta berikan hamba kekuatan
ya Rabb..
Hamba mohon agar diri ini mudah menghadapi sebarang kesulitan yang tidak hamba ketahui. 
Ya Arif..
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang ada di hadapan juga di belakang hamba, 
dimana tidak sikit pun hamba mengetahuinya.. 
Ya Allah..
Hanya padaMu hamba hamba berharap.
Hanya padaMu hamba meminta pertolongan..

~Ameen~





Monday, 24 September 2012

Ummul Kitab ~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam..


Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Pemilik hari pembalasan..


Hanya kepada Engkaulah kami menyembah..


Dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan..


Tunjukkan kami jalan yang lurus..


Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat 


kepadanya, bukan jalan mereka yang Engkau murkai..


Dan bukan pula jalan mereka


 yang sesat..





08 Dzulkaedah 1433H
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang.



Thursday, 2 August 2012

Kelebihan Seorang Penghafal Al-Quran


Buat Hafiz / Hafizah, banyak kelebihan yang Allah anugerahkan untuk kamu. Let’s check :)

Menjadi orang istimewa Allah swt

Daripada Anas r.a., Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga terdiri daripada manusia.” Kemudian Anas bertanya : “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Iaitu ahli al-quran (orang membaca atau menghafal al-quran dan mengamalkan isinya). Merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah.” (Riwayat Ibn Majah)

Hati yang tidak diseksa

Daripada Abdullah bin Mas’ud, r.a., Nabi saw bersabda yang bermaksud: “bacalah al-quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang menghafal al-quran. Sesungguhnya al-quran ini hidangan Allah, sesiapa yang memasukkannya, ia akan aman. Dan sesiapa yang mencintai al-quran, maka hendaklah ia gembira.” (riwayat al-tirmizi dan al-nasa’i)

Memberi syafaat kepada keluarga

Mafhum sabda Rasulullah saw : “sesiapa membaca al-quran dan menghafalnya maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan masuk neraka.”(riwayat al-tirmizi dan al-nasa’i)

Ibubapa memperoleh pahala khas

Kedua-dua orang tua penghafal al-quran diberi dua helai pakaian baru dan bagus, malah harganya tidak dapat dibayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua-dua orang tua itu kemudian bertanya: “kenapa kami diberi pakaian sebegini?” kemudian dijawab, “kerana anakmu menghafal al-quran.”

Mendapat tingkat syurga tertinggi

Daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah saw bersabda, mafhumnya : “jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat al-quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafal al-quran ialah tingkat yang paling atas, tidak ada tingkat lagi sesudah itu.” (riwayat al-baihaqi dan al-hakim)


p/s : 
So, bersyukur dengan kelebihan yang ada pada diri kamu tetapi tidak ada pada diri orang lain. Yang penting sentiasa amalkan dan jangan ditinggalkan. Kelebihan dan nikmat Allah itu selalu menjadi milikmu for sure. :)
Taken From : Majalah Solusi

13 Ramadhan 1433H,
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang.

Thursday, 26 July 2012

When I Forgot To Say "Alhamdulillah"


Dear Allah..
Perhaps I forgot to thank You of all thing i got in my life..
I was too happy without thinking that i never say "alhamdulillah".
Was so excited until I lived in my own world and didn't look others.
Smile on my face always given in each and every seconds, to each and everybody..
Laughing everywhere..

Suddenly awake.. 
Where's my soul as muslim..?
Why my action was unrepresent me as a muslim.?
I should haven't do that kind of attitude.
It should be full of thanks to You, zikr, pray, and worshiped..
But it was too late when i realized all of it.

It's very, so, and too late..
Everything's gone now..
When You took the thing You gave to me..
On that time, I just look and see.. 
And do nothing..

What i can do only wipe up my tears.
And regreting myself.. 
And think, think, thinking over again..
If I could change everything to be as what it was to be before..
I would remember only One. 
Allah.

"..oh My Lord, forgive me on what i've done last few days.. i know my mistakes. i know i had over the limit. i seek for Your forgiveness.. Please give a peace, a tranquility, and a calmness for me to go through on these coming days.."

moral of the story : 

jangan terlalu gembira dengan apa yang kita dapat. kerana sesungguhnya Allah boleh menarik nikmat yang telah Dia berikan pada bila-bila masa sahaja, dan tidak kira di mana-mana pun, juga dalam apa jua bentuk sekalipun. dan ingatlah, ujian Allah sentiasa ada di sekeliling kita. lebih-lebih lagi pada bulan ramadhan ini. yang mana menganaiya, terimalah balasan dariNya. manakala yang teranaiya, sabar dan tunggulah pengadilan yang Allah bakal berikan pada mu. sungguh janji Allah itu pasti ~


06 Ramadhan 1433H,
Kg. Air Hitam,
Kuantan Pahang.



Sunday, 15 July 2012

Ramadhan Is Coming



Menjelang Ramadhan, Rasulullah saw telah menyatakan : -


"..telah datang kepada kamu satu bulan yang merupakan penghulu segala bulan, maka ucapkanlah selamat datang kepada penghulu segala bulan itu.."


Bagi mereka yang mempunyai kekuatan iman dan sangat 'akrab' dengan Allah swt, mereka akan merasakan tidak sabar untuk menemui bulan ramadhan. Dan mereka mengharapkan setiap bulan dalam 12 bulan adalah bulan ramadhan. Itulah kehebatan orang yang tinggi imannya, bukan sekadar beriman.


As we know, ramadhan comes with one thing for sure. Blessings. 
Prophet Muhammad saw (PBUH) said that :-


"..telah datang bulan ramadhan itu dengan membawa pelbagai rupa keberkatan di dalamnya.."


Keberkatan dalam setiap apa jua perkara baik yang dilakukan pada bulan ramadhan. Perkara-perkara wajib mahupun sunat. Bersiap sedialah dengan amalan-amalan baik untuk dilaksanakan sepanjang ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi. Di situ keberkatan, kerahmatan, dan pahala dapat diraih dengan mudah. InsyaAllah. 


Rasulullah saw juga menyatakan pada hari terakhir di bulan Syaaban : -


"..wahai manusia, sesungguhnya kamu akan didatangi oleh bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang mempunyai satu malam yang berkat dipanggil malam Lailatul Qadar yakni malam yang terbaik dari 1000 bulan. Bulan yang Allah telah jadikan puasanya satu fardhu dan qiyam yang tiada pada bulan-bulan lain. Barangsiapa yang mendekatkan diri dengan Allah dengan amalan kebajikan sunah di bulan ramadhan, ganjarannya sama seperti melakukan satu amalan fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang mengerjakan satu amalan fardhu di bulan ramadhan, Allah akan memberikan ganjaran seperti 70 amalan fardhu di bulan lain.."


Dear muslims, let's prepare to welcome ramadhan and prepare to grab rewards offered by Him. May we bestowed with the full blessing of Allah this ramadhan. Ameen. :)





Taken from : Tazkirah Jumaat MUIP



25 Syaaban 1433H
Kg Air Hitam,
Kuantan Pahang.



Hello there !

I'm Dieyaa. Welcome to my blog!