topbella
Showing posts with label LovE aNd SouL. Show all posts
Showing posts with label LovE aNd SouL. Show all posts

Wednesday, 26 September 2012

Ya Tuhan..


Ya Allah..
Jika benar jalan ini yang terbaik buat hamba,
Engkau turunkanlah rahmatMu 
untuk mengiringi perjalanan hamba, 
untuk melindungi diri hamba..
Andai hamba tersalah membuat pilihan..
Tunjukkanlah kepada hamba jalan sebenar-benarnya.
Agar hamba tidak tergelincir dari jalan yang betul.
Tidak terpesong dari ketentuanMu.
Engkau restuilah hamba 
serta berikan hamba kekuatan
ya Rabb..
Hamba mohon agar diri ini mudah menghadapi sebarang kesulitan yang tidak hamba ketahui. 
Ya Arif..
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang ada di hadapan juga di belakang hamba, 
dimana tidak sikit pun hamba mengetahuinya.. 
Ya Allah..
Hanya padaMu hamba hamba berharap.
Hanya padaMu hamba meminta pertolongan..

~Ameen~





Friday, 20 April 2012

Dear My Khaliq ~

“..Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar..”
(Al-Baqarah : 155)

Ya Allah..
Berikanlah hamba sedikit kekuatan..
Berikanlah hamba sedikit ketabahan..
Kuatkanlah semangat hamba dalam menghadapi hidup ini..
Yang telah engkau aturkan untuk hamba lalui..
Teguhkanlah iman di dada hambaMu ini ya Rabb..
Iman yang kekal abadi..
Pinjamkan sedikit kesabaran untuk hamba tempuhi semua ini dengan redha..
Redha kepadaMu ya Allah ya Rahman..
Ya Rabb..
Tanpa bantuan dariMu yang Maha Pemurah..
Tiadalah dapat hamba menempuh semua ini ya Allah..

“..ya Allah, hamba mengharapkan pelindungan dari Mu dari rasa sedih dan rasa gelisah..”



..ameen ya rabbal ‘alameen..

28 Jamadilawwal 1433H
Muip's Hostel,
Pekan Pahang.


Monday, 28 November 2011

Secebis Kenangan..


Terimbau kenangan sewaktu di zaman persekolahan.
Sebuah persahabatan yang erat terjalin diantara kami berenam.
Keakraban yang bermula dari tahun 2007.
Dari berasing-asingan, kami bersatu menjadi sahabat..
Sahabat di waktu gembira dan dalam waktu kesulitan.
Sahabat yang memberi sokongan antara satu sama lain.
Sahabat yang menjadi teman..
Ketika suka, duka, bergaduh, bertengkar, ketawa dan menangis.
Saling memahami.
Saling menyayangi.
Saling mengerti.
Saling berkongsi.
Namun sayang..
Persahabatan itu tidak kekal lama.
Gara-gara hadirnya ujian dari Allah swt melalui seseorang.
Meruntuhkan keutuhan sebuah jalinan..
Yang kini semuanya tinggal kenangan..
Masing-masing sudah membawa diri.
Ada yang masih bersama.
Ada yang entah hilang ke mana.
Ada juga yang tidak akan muncul semula.

Rindu.
Rindu pada kenangan lama ini..
Yang adakalanya mengundang rasa sayu di hati..
Andai di situ titik nokhtahnya terhenti..
Biarlah ia pergi..
Dan terus menjadi kenangan di hati.
Kekal abadi di segenap sanubari.
Rasa kasih antara kita..
Yang pernah tercipta satu ketika dulu.
Walau telah pudar dihati kini..
Akan terus mekar mewangi.
Hingga ke akhirnya nanti..
InsyaAllah.



28th November 2011
Kg. Air Hitam,
Kuantan Pahang.

Monday, 21 November 2011

Andainya Cinta Itu Hendak Diberi


Wahai Srikandi..Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang:
 
1.Kuat Pengamalan Agamanya
Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.

Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.

Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

2. Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."

3. Tegas Mempertahankan Maruah
Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.

4. Amanah
Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.

5. Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.

6. Tidak Mengelingas Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.

7. Terbatas Pergaulan
Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.

8. Siapakah Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.

9. Bertanggungjawab
Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.

10. Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.



Taken from : Source

21th November 2011
Kg. Air Hitam,
Kuantan Pahang.


Saturday, 17 September 2011

Saturday, 9 July 2011

Feeling

Jom teman saya layan perasaan malam ni..








Hello there !

I'm Dieyaa. Welcome to my blog!