topbella
Showing posts with label IPM. Show all posts
Showing posts with label IPM. Show all posts

Sunday, 25 December 2011

New Weds


Andai Sudah Jodoh..

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )

Alhamdulillah, telah selamat memenuhi perutusan dua pasangan raja sehari hari ini..
Tetapi hanya sempat bersua dengan sepasangan raja sehari sahaja..
Kak Eda dan suami..




Semoga kehidupan dilimpahi kurnia dari Allah swt dan kekal hingga ke akhirnya. Ameen. :)





29 Muharram 1433H
Kg. Air Hitam,
Kuantan Pahang.

Monday, 26 September 2011

Keluarga IPM



Selama hampir tiga bulan terpisah, akhirnya saya kembali bertemu dengan lecturers saya yang sangat amat dirindui.

Cik Farizan a.k.a CF..
Cik Adawiah a.k.a CA..
And..
Encik Sharif a.k.a ES..

Terjadilah gathering yang tidak seberapa nak jadi antara kami..
Tidak lupa juga kepada junior-junior saya di IPM yang turut serta bersama-sama kami..

K2 and K3..

Kebetulan Encik Sharif mengadakan open housenya yang tak berapa nak open..

Jadi kami bertemu la bermata-mata di rumah sir..
 Rindu gila. Ohh..

Bak kata Axl’s..

“Andai dapat, ku undurkan putaran dunia..”

Terasa seperti saya ingin kembali menjejak kaki ke IPM buat kali kedua.
Dan ingin saya mengulangi saat-saat indah seperti dulu kala.. adesss.. meraban dah ni.







Ouh.. Ayahanda dan Bonda-bonda ku ~




Saya sayang Bonda berdua !




Junior-Junior ku merangkap Adik-Adik ku.. Study hard yer.. 





Friday, 8 July 2011

FerreRor RoCheR ~



Assalamualaikum..

Baru sekejap tadi saya singgah ke IPM kerana ada sedikit urusan..
Terubat jua kerinduan pada CF, CR dan suasana di IPM..
Katanya CF tak berapa sihat.. Tapi tadi alhamdulillah, nampak ceria je..

Sempat juga lah saya mendengar tarbiyah terakhir dari CF untuk kali ni sebelum mula praktikal nanti..
Banyak juga input untuk saya hari ni.. Terima kasih CF..
Seperti biasa CF memang akan memberikan satu kesedaran untuk dimuhasabahkan..
Saya akan ingat apa yang CF ‘BEBEL’ kan.. :)

Ok habis muqadimah..

Ceritanya hari ni, waktu saya nak balik, dari jauh saya dah ternampak ada sesuatu atas kereta saya..
Sambil berjalan saya memikir, apa benda la atas tu..
Saya sangkakan ada makhluk Allah yang agak kurang sopan membuang sampah atas kereta saya tu..
Maklumlah, hari ni hari jumaat.. Ramai kaum adam ke masjid.. Mungkinla ada yang buntu sebab tak jumpa cari tong sampah ke kan.. Jadi Kancil saya la yang menjadi mangsa keadaan..

Rupa-rupanya..

Salah betul sangkaan saya.. memang nampak dari luarannya seperti sampah..
Semakin dekat saya dengan kereta, baru lah nampak.

Sebuah bungkusan kecil.. Dibalut dengan tisu sahaja..
Pada bungkusan tu ada dilekatkan sticker..

‘Gift From EM’

Ohh.. Dari seorang hamba Allah yang saya kenali.. hehe..
Thanks to him.. nampak comel je bungkusan tu walaupun balut dengan tisu..
Saya pandang juga sekeliling kot-kot dia still ada dekat-dekat dengan area tu..
But rasanya tak ada dah kot..

Saya belek juga gift tu.. nampak dari luar tisu tu, macam kuih or muffin kecil kot..
Sah.. memang sah dah..

Sampai di rumah, memang sah sangat saya salah.. hehe..
Sekali buka, Ferrero Rocher laaa ~

Suka nya dapat chocolate mahal.. Walaupun 2 biji je..
Ceee.. tak bersyukur betul laa saya ni.. (^_^)
Apapun, terima kasih to Mr M ~
Ada rasa keanehan dan kepelikan sedikit di situ..
Tak kisahlah.. asalkan saya dapat chocolate..
Thanks again ~




Inilah gift tu..



















Tapi best juga kalau dapat yang macam ni..













Tak pun macam ni ke..








Ataupun yang macam ni..




 wahhh ~ Ini sudah lebihh.. hehe..








Friday, 1 July 2011

Di Sini Ku Kenal Erti Kehidupan




Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. perjuangan saya selama 6 bulan di IPM telah pun berakhir.. terasa sekejap masa berlalu.. pejam celik pejam celik dah pun hari terakhir.. pastinya kenangan selama 6 bulan di IPM ini akan menjadi sebuah memori yang indah, sebuah kenangan teragung dalam hati saya..

Segala yang telah dijalani, susah payah, pahit getir di IPM akan menjadi satu pangalaman yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.. kepada pensyarah, setiap memori antara kita tidak mungkin luput dari ingatan..

Buat CF..
Kenangan menuntut ilmu blogging dari CF adalah satu kenangan yang paling paling paling saya hargai dan ingati kerana di situlah saya mengenali CF yang sebenar.. seorang guru yang tabah, kuat semangat, penuh unsur nasihat, penuh dengan senyuman dan gelak tawa.. seorang yang sangat sporting dan tidak pernah berputus asa, dan sentiasa memberikan saya kata-kata semangat.. kenangan kita berjogging, berbowling, bersiar-siar bersama Kelab Trengkas menjadi kenang-kenangan yang tidak akan langsung dilupakan.. segala apa yang telah CF kongsikan dengan saya akan selamanya saya semat di hati.. terima kasih atas keperihatinan CF selama ini.. terima kasih untuk segalanya.. Sayang CF ~

Buat CA..
Seorang yang tegas di dalam kuliah tetapi sebenarnya seorang yang sangat kelakar.. CA pandai memainkan banyak watak di waktu-waktu tertentu.. Segala kepercayaan CA terhadap saya sentiasa saya hargai.. segala ilmu yang dikongsi akan saya semat di hati.. terima kasih CA kerana telah sudi memberi setiap tips yang tidak pernah saya dan K1 tahu sebelum ini.. terima kasih juga untuk segalanya.. Sayang CA ~

Buat Tuan Haji..
Seorang yang sangat baik, pada luarannya seorang yang steady, cool sentiasa.. Apa yang saya boleh saya ungkapkan hanyalah sebuah ucapan TERIMA KASIH.. setiap nasihat ke arah kebaikan yang sentiasa Tuan Haji kongsikan tetap akan diingati selamanya.. saya pasti akan merindui ‘ujian mengejut’ yang biasa Tuan Haji lakukan untuk K1.. :)

Buat Sir Sharif..
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu secara tidak langsung pada saya.. setiap kebaikan dan tolak ansur yang telah Sir berikan pada saya dan K1 akan sentiasa dihargai.. terima kasih kerana sentiasa bersabar mendidik K1 walaupun ‘susah’ untuk dididik.. :) segala pengorbanan Sir to K1 especially for our project paper will always be appreciated.. thanks a lot Sir ~

Kepada rakan-rakan seperjuangan..
Meskipun tempoh 6 bulan ini tidaklah begitu lama untuk kita mengenali diri masing-masing, namun setiap detik yang kita lalui bersama sudah cukup memadai untuk mencambahkan kasih sayang antara kita.. setiap memori yang kita cipta akan sentiasa menjadi sebuah kenangan yang segar dalam ingatan.. Walaupun pengakhirannya bukanlah seperti apa yang diharapkan, namun terdetik jua di hati rasa kesedihan mengenangkan segala apa yang telah kita sama-sama harungi.. walau apapun yang terjadi, ukhuwah yang terbina antara kita masih lagi terjalin suci dan tetap kekal terpahat di hati sehingga akhirnya..

Terima kasih semuanya..

~ Di Sini Ku Kenal Erti Kehidupan  ~































Monday, 27 June 2011

Kuiz IQ ~

Once again, Thanks A Lot CF ~

Tak sia-sia bersungguh join Kuiz IQ dulu..
Dapat ganjaran :)






Cantik hadiah ni.. pembalut cantik, cara balut pun cantik..
Sayang pulak nak bukak.. rasa nak biar macam ni je..
Apa agaknya kat dalam tu yer.. jom kita bukak..
tak sabar nak tahu apa isi dalam dia. (*.*)


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tadaaa...! 




A Novel..!


CF ni macam tau tau je saya suka menelaah novel.
Apapun, terima kasih CF.. Love it..!



Hello there !

I'm Dieyaa. Welcome to my blog!