topbella
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Wednesday, 17 October 2012

Apa Itu Islam?



Islam dari segi bahasa ialah
tunduk dan menyerah kepada Allah swt.
Dari segi istilah syarak pula
ialah agama yang dibina
di atas lima asas,
iaitu:

Syahadah iaitu penyaksian
bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah,
Rasul pesuruh Allah.

Mendirikan sembahyang dalam waktunya
dengan rukun dan syarat yang sempurna serta menjaga sunat dan adabnya.

Mengeluarkan zakat.

Berpuasa di bulan Ramadhan.

Menunaikan haji sekali seumur hidup bagi sesiapa
yang berkemampuan dan
memiliki keperluan untuk bermusafir seperti bekalan, kenderaan dan belanja nafkah ahli keluarganya.


1 Zulhijjah 1433H
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang

Thursday, 2 August 2012

Kelebihan Seorang Penghafal Al-Quran


Buat Hafiz / Hafizah, banyak kelebihan yang Allah anugerahkan untuk kamu. Let’s check :)

Menjadi orang istimewa Allah swt

Daripada Anas r.a., Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga terdiri daripada manusia.” Kemudian Anas bertanya : “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Iaitu ahli al-quran (orang membaca atau menghafal al-quran dan mengamalkan isinya). Merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah.” (Riwayat Ibn Majah)

Hati yang tidak diseksa

Daripada Abdullah bin Mas’ud, r.a., Nabi saw bersabda yang bermaksud: “bacalah al-quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang menghafal al-quran. Sesungguhnya al-quran ini hidangan Allah, sesiapa yang memasukkannya, ia akan aman. Dan sesiapa yang mencintai al-quran, maka hendaklah ia gembira.” (riwayat al-tirmizi dan al-nasa’i)

Memberi syafaat kepada keluarga

Mafhum sabda Rasulullah saw : “sesiapa membaca al-quran dan menghafalnya maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan masuk neraka.”(riwayat al-tirmizi dan al-nasa’i)

Ibubapa memperoleh pahala khas

Kedua-dua orang tua penghafal al-quran diberi dua helai pakaian baru dan bagus, malah harganya tidak dapat dibayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua-dua orang tua itu kemudian bertanya: “kenapa kami diberi pakaian sebegini?” kemudian dijawab, “kerana anakmu menghafal al-quran.”

Mendapat tingkat syurga tertinggi

Daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah saw bersabda, mafhumnya : “jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat al-quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafal al-quran ialah tingkat yang paling atas, tidak ada tingkat lagi sesudah itu.” (riwayat al-baihaqi dan al-hakim)


p/s : 
So, bersyukur dengan kelebihan yang ada pada diri kamu tetapi tidak ada pada diri orang lain. Yang penting sentiasa amalkan dan jangan ditinggalkan. Kelebihan dan nikmat Allah itu selalu menjadi milikmu for sure. :)
Taken From : Majalah Solusi

13 Ramadhan 1433H,
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang.

Friday, 27 April 2012

Conversation On Hijab






A guy asked a Muslim: Why do your girls cover up their body and hair?

The Muslim guy smiled and got two sweets,
He opend the first  one and kept the other one closed.
He threw them both on the dusty floor and asked the guy: If I asked u to take one of the sweets which one You will choose?

The Man replied:The covered one.
Then the Muslim said that'...s how we treat and see our women  =) 



6 Jamadilakhir 1433H
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang.



Thursday, 12 January 2012

The Apple


—————————Girls——————————-
———————are like apples——————-
————on trees.The best ones————-
———-are at the top of the tree———-
——The boys don’t want to reach——
—-for the good ones because they—-
-are afraid of falling and getting hurt-
-Instead, they get the rotten apples-
from the ground that aren’t as good,
but easy. So the apples up top think
something wrong with them when in
-reality they’re amazing. They just—
—have to wait for the right boy to—
—— come along, the one who’s——-
—————- brave enough to—————-
————————climb all—————————
————————the way————————-
———————-to the top———————-
———————of the tree ———————-
————Those top Apples are————-
——-Muslimahs always valuable———

18 Safar 1433H
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang.

Saturday, 12 November 2011

Ciri-ciri Wanita Solehah



Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun    senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.








Taken From : Source


12th November 2011
Kg. Air Hitam,
Kuantan Pahang.


Saturday, 5 November 2011

Hari Arafah



Kelebihan Hari Arafah :


©       Keistimewaan Hari Arafah – 9 Zulhijjah

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah saw bersabda;

“Tidak ada satu hari pun dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari Hari Arafah (9 Zulhijjah).”  -Riwayat Muslim-


©       Pujian Allah Taala bagi orang yang wukuf di Arafah

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda;

“Sesungguhnya Allah Taala memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “Lihatlah kepada hamba-hamba KU yang datang kepadaKu.” 
 -Riwayat Ahmad-


©       Galakkan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji

 Rasulullah saw telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah), maka jawab Baginda yang bermaksud : Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.  -Riwayat Muslim-












09th Zulhijjah 1432H
Kg. Air Hitam,
Kuantan, Pahang.


Sunday, 30 October 2011

Nabi Idris Dan Pedoman Hidup


Nabi Idris a.s adalah keturunan keenam Nabi Adam, putera dari Yazid bin Mihla'iel bin Qoinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s dan dia adalah keturunan pertama yang dikurniakan kenabian setelah Adam dan Syith. Nabi Idris a.s mengikut sementara riwayat bermukim di Mesir, di mana ia berdakwah untuk agama Allah s.w.t. mengajarkan tauhid dan beribadah menyembah Allah s.w.t. serta memberi beberapa pedoman hidup bagi pengikut-pengikut agar menyelamatkan diri dari siksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai berusia 82 tahun.


Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah :-


Ë Kesabaran yang disertai iman kepada Allah s.w.t. membawa kemenangan.


Ë   Orang yang bahagia adalah orang yang merendah diri dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.  


Ë   Bila kamu memohon sesuatu daripada Allah s.w.t. dan berdoa, maka ikhlaskanlah niatmu. Demikian pula puasa dan sembahyangmu.


Ë   Janganlah bersumpah dengan keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.


Ë  Bertaatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah s.w.t.


Ë Janganlah mengiri orang yang mujur nasibnya kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kemujuran nasibnya.


Ë   Barangsiapa melampaui kesederhanaan, tidak suatupun akan memuaskannya.


Ë Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehi, seseorang tidak dapat bersyukur kepada Allah s.w.t. atau nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.








p/s: moga menjadi pedoman untuk kita, insyaAllah.



30th October 2011
Kg Air Hitam,
Kuantan Pahang.



Sunday, 9 October 2011

Sifat Bidadari Syurga






Al-Qur’an menceritakan sifat-sifat bidadari adalah seperti berikut :


1.     “Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jeli matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik.” (Qs. Ash-Shaaffaat [37]: 48-49)

2.   “Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.” (Qs. Shaad [38]: 52)

3.  “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 56)

4.  “Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 58)

5.   “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 70)

6.  “(Bidadari-bidadari) yang jeli, putih bersih, dipingit dalam rumah.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 72)

7.   “Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 74)

8.  “Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 76)

9.   “mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli.” (Qs. Ath-Thuur [52]: 20)

10. “Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik.” (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 22-23)









Taken from : Source




Wednesday, 6 July 2011

3 Golongan Manusia



Manusia dibahagikan kepada tiga golongan iaitu:


Hidup demi dunia semata-mata..

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): ‘Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini sahaja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan.’,” (surah al-An’am 6: 29) Golongan ini ialah golongan yang kufur nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.


Golongan yang percaya kewujudan akhirat, namun..

Namun mereka tidak berusaha ke arah mencapai kebahagiaan “di sana”. Mereka selamba bersuka ria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk menggapai kebahagiaan di akhirat.


Golongan yang menganggap dunia ini ladang akhirat..

Mereka menanam di sini untuk menuai di akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? ” (surah al-An’am 6: 32)




Taken from : Majalah Solusi




Hello there !

I'm Dieyaa. Welcome to my blog!