topbella

Monday 5 September 2011

Raya Keenam - Aku Kemalangan!



04 September 2011 - 4.45 pm – tarikh keramat.

Accident.
Apa yang berlaku tadi diluar jangkaan saya.

Terkesima.
Ya..
Saya sangat terkejut but i tried to be calm to face it.
Selama dua tahun lebih saya memandu, tidak pernah sekali saya terlibat dengan sebarang kemalangan.
Ya, saya akui.. saya agak ganas memandu.. agak melebihi had laju sometimes..
Setakat sebelum petang tadi, saya sangat bersyukur kerana saya tidak pernah melanggar sesiapa.
Dan..
Saya bersyukur kerana saya tidak pernah dilanggar sesiapa..

Sehingga petang tadi..

Saya telah merempuh sebuah kereta MPV..
Sakit.
Sakit lagi hati saya bila melihat Mercedes kesayangan saya hancur di sebelah tepi kiri..

Argh, Kancil ku..

Salah siapa?

Saya terlanggar kereta yang sedang mengundur keluar dari rumahnya.
Dari jauh saya menyedari MPV tersebut mengundur. Jadi saya berikan hon..

Sekali. (Cuba memperlahankan Kancil saya)
Dua kali.
Tiga kali. Lama..

 I thought that MPV akan stop tapi dia still undur..
Dan undur..

Dan..

Dammmmmmmmmm!!!!!

Sekelip mata Mercedes kesayangan saya berlaga dengan MPV tu..
Sakitnya.... terhentak badan saya.
Belakang MPV rosak teruk.
Tayar Kancil saya bocor.
Remuk jugak. Sikit aja.

Dengan kepantasan maksima, saya mencapai phone saya yang tercampak ke bawah.
Call my mom.. asked my dad untuk datang ‘membantu’ saya.
Locationnya sangat berdekatan dengan rumah saya.
Saya telah dimarahi oleh wife driver tu..
Dan dia minta settle kan di balai..
Dengan keangkuhan yang tinggi melangit, HE and SHE, never gave me a chance to talk and make any explanation..
Dia terus masuk kereta bila ayah saya cuba bercakap dengannya.
Dia cuma cakap,
“ni siapa nak ganti? Ah, kita settle kat balai.”
Terus dia menghilang dengan MPV MPV nya sekali.
Ish, dia salahkan saya?
As i went to the traffic police station with my brother and make a report about that accident,
My dad called me and said,

“tarik balik report tu. Orang tu datang rumah semula nak discuss elok-elok. Dia tak pergi buat report pun.”

What a nonsense!!!

I told my dad that saya nak teruskan report tu.
but dad saya tetap muktamad meminta saya menarik semula report tersebut.
My bro sedikit tidak berpuas hati.
Saya sangat marah!

Menyusahkan!

Eeeiii.. geram.

Kenapa tadi dia yang beria-ria sangat nak settle di balai.
Sampai saya tak sempat nak cakap apa-apa pun, dia terus blah macam tu je.

Kenapa bila saya dah mengharungi kesesakan bandar Kuantan, dan Kancil saya bertarung nyawa untuk memastikan saya sampai ke balai dengan keadaan dirinya yang sangat tenat, barulah manusia tersebut datang ke rumah saya dan ingin berbincang elok-elok?

Kenapa tidak dari mula tadi. Uh.. dah tahu salah diala tu.

Itulah.. dia yang salah, keluar kereta tidak tengok belakang, dan langsung menjadi seorang yang agak pekak, kerana tidak langsung mendengar hon dari Kancil daif saya, tapi dengan sangat berbesar hati menjatuhkan hukuman mandatori kepada saya, mengatakan bahawa saya yang salah kerana memandu laju, dan langsung tidak memberikan peluang untuk saya berkata walau sepatah, dan terus meminta saya membayar ganti rugi kepadanya, tanpa melihat keadaan Mercedes saya agak teruk.

 Crazy betul. Dia ingat kereta dia je yang teruk?

Polis tu dah macam nak marahkan saya..
Kelihatannya seperti saya tidak begitu serius membuat laporan..

Uh, sakit.

Saya bukanlah seorang hamba Allah yang sangat mulia hatinya.
Jadi saya dengan amarah yang tidak bertepi, meminta supaya abang saya memandu 40 km/h.
Biar manusia tersebut menunggu di rumah saya sampai tahun depan!

Hot! Hot! Hot!

Maghrib telah pun masuk sewaktu saya sampai ke rumah.

Kata my mom,
“orang tu baru je balik. Dia kata tak apa, lepas maghrib dia datang”

Puas hati.
Biar dia tunggu lama-lama.
Jahat kan?

Tapi jahat lagi dia. :(

After maghrib dia datang.
Saya diam tiada bahasa.

Dia settle cara baik. Settle punya settle punya settle.

Berlaku sedikit pertelingkahan antara saya and wife dia.
Saya hentam wife dia cukup-cukup.
No more respect.
What do i care?
Yang berlanggar saya and husband dia.. dia yang sibuk nak marah saya kenapa.
Jadi, my turn la to scold her balik.
Suka-suka hati ja kan. Jadi saya pun suka-suka hati jelah.
Kalau dia bertolak ansur dari awal, saya boleh berlembut.
Itupun dia masih ingin meninggikan suara pada saya.
Dah terang jelas dan nyata dia salah.
Why you blame me atas kesalahan you tu?

Kalau ikut law, orang yang mengundur ke belakang, perlu memastikan kereta dibelakang clear before dia reverse. Dia ni tidak. Ingat jalan tu kerajaan bagi kat dia ke?
Huh.. suka hati.. dah salah, tapi nak salahkan saya lagi.

So, dah deal dengan dia. Tapi, antara saya and wife dia, masih tidak settle.
Whatever. Janji saya puas hati dah brainwash wife dia sebersihnya.

So far, saya okay. Sakit terhentak tadi dah hilang..
Saya maklumkan pada EO MUIP, i’ll take emergency leave for tomorrow.
I have to hantar my mercedes ke workshop and settle mana yang patut.
I’ll make check up to make sure that i’m okay. Betul-betul okay. Takut kesannya tidak terasa hari ni tapi akan datang. Masalah saya nanti.

Okay. saya rasa habis disini..
What????
3.33 am?
Panjang sangat ya saya membebel..??

Oraitlah semua.
Good night at morning yea ~



Nasib tak teruk mana.. Kalau tak, tahula manusia tersebut. 


0 comments:

Hello there !

I'm Dieyaa. Welcome to my blog!