topbella

Sunday 30 October 2011

Nabi Idris Dan Pedoman Hidup


Nabi Idris a.s adalah keturunan keenam Nabi Adam, putera dari Yazid bin Mihla'iel bin Qoinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s dan dia adalah keturunan pertama yang dikurniakan kenabian setelah Adam dan Syith. Nabi Idris a.s mengikut sementara riwayat bermukim di Mesir, di mana ia berdakwah untuk agama Allah s.w.t. mengajarkan tauhid dan beribadah menyembah Allah s.w.t. serta memberi beberapa pedoman hidup bagi pengikut-pengikut agar menyelamatkan diri dari siksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai berusia 82 tahun.


Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah :-


Ë Kesabaran yang disertai iman kepada Allah s.w.t. membawa kemenangan.


Ë   Orang yang bahagia adalah orang yang merendah diri dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.  


Ë   Bila kamu memohon sesuatu daripada Allah s.w.t. dan berdoa, maka ikhlaskanlah niatmu. Demikian pula puasa dan sembahyangmu.


Ë   Janganlah bersumpah dengan keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.


Ë  Bertaatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah s.w.t.


Ë Janganlah mengiri orang yang mujur nasibnya kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kemujuran nasibnya.


Ë   Barangsiapa melampaui kesederhanaan, tidak suatupun akan memuaskannya.


Ë Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehi, seseorang tidak dapat bersyukur kepada Allah s.w.t. atau nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.








p/s: moga menjadi pedoman untuk kita, insyaAllah.



30th October 2011
Kg Air Hitam,
Kuantan Pahang.



Monday 24 October 2011

Getting Into Real World



Manusia bermacam ragam..
Dan sifat serta sikap someone itu kadangkala out of mind..
I wonder. Bagaimana mereka dapat menjalani kehidupan mereka dengan keadaan mereka yang sebegitu?
Ouh.. ternyata saya masih lagi kecil untuk menilai perkara tersebut.
But.. my mind is mature enough. (actually, my mind can be immatured sometimes.)
I can think, which is right and which part is wrong.
I always think, can i be a part of them?
Can i live with such that environment? Or, i’m still cannot adapt with it yet?
Was thinking whether i have to choose this way or that way..

Here i found people with many types of their habits.
A person who are very nice can be a bad people.
But a person who we always see him/her with their face of fierce may not necessarily be a bad one.
Why did i say that?
Because it happened to me.
I faced it everyday, everywhere.
And i could say that, i always ‘tertipu’ by what i have seen.
I’m sick of these things.
People lying every seconds.
Until i need to be a BAD girl to get know the truth.!
Some are cheating, some are annoying and some even be hypocrite.. erghh.
Mental betul..!
Not a few. But all of them.

Yea.. sometimes we didn’t realize what we had done.
But do we still do the same when we know what we do is totally wrong?
I’m not say that i’m the perfect one because kadang-kadang, saya juga begitu, menjadi seorang yang sangat jahat. Pernah je. And selalu je actually. but not TOO much i guess.
No one in this world are perfect unless we try to change our attitude to be perfect enough.

Here i would like to invite myself and you people to beriman with this:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri

Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

So?
What we’re waiting for?

Manusia berubah dari kejahatan kepada kebaikan is common thing in our life.
But, manusia change from nice to bad is something weird.

Entahlah.. sometimes people can’t be expected.
Me, also can be unpredictable one.  That’s why i told you guys, that I’M NOT THE PERFECT ONE.
I’m not that good.
I'll become like 'devil' if people deliberate 'ask' me to do so.
Means that, i'm also have my own bad habit.
But, biar kena pada tempatnya. Jangan ikut dan je.
Ini tidak..
They are old enough, is that how they show their ‘GOOD’ attitude to me?
Me, who just want to learn something new in my life.
Ouh. they're so childish. Sorry to say that. But the truth is, they are really, really childish.
See, i’m the ‘laser’ one. I will say whatever i wanna say, IF, there’s something makes me mad.

But i never forget to think, apa yang saya cakap, apa yang saya buat akan membuatkan orang lain terasa hati. I’m not pretend to feel guilty if i was so.
But on the other hand, people never feel guilty when they willing to hurt me.
I’m fed up of thinking others feeling at the same time no one care about my heart pain.
Sabar ajela.

i was thinking of many aspects in evaluating what happened in my daily life.
Saya melihat, saya mendengar, saya melaluinya.
I’m not judging people. i just make a conclusion based on apa yang telah saya lalui sekarang.

As for now, i’m little bit sad. Angry. Hurt. Sick. Frustated. All types of negative things.
But i try my best to be good and leave it to Allah then. Of course need suggestion and opinion from you guys in improving and correcting myself.

Setelah apa yang saya hadapi ini, i know that :

I have been in the real world.

Thank you Allah, for giving me a chance untuk merasai realiti kehidupan yang sebenar.
Alhamdulillah~ ^^









Kg. Air Hitam,
Kuantan Pahang.




Saturday 22 October 2011

Saya Takkan Bertolak Ansur!

kepada manusia-manusia a.k.a makhluk Allah di muka bumi ini yang cuba-cuba nak mengganggu gugat kesabaran serta keimanan saya yang tidak seberapa ini,

SAYA TIDAK AKAN BERTOLAK ANSUR..!



Wednesday 19 October 2011

You Fikir You Siapa??

no need to show world that you hate me.
just come and see me, tell the truth.
end of the story laa!
why you nak pamer-pamer muka mempelam you tu depan semua orang, shows that you dont like me?
huh.

do i care about your kelat face?

dah besar sangat la tu.
lupa Allah tu lagi hebat dari kau?
dont be too much coz someday what you give you'll get back.!

kau fikir kau siapa?
bagus sangat?

you wanna play a game?
then, i play with you!


we'll see how GOOD you are.





Sunday 9 October 2011

Sifat Bidadari Syurga






Al-Qur’an menceritakan sifat-sifat bidadari adalah seperti berikut :


1.     “Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jeli matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik.” (Qs. Ash-Shaaffaat [37]: 48-49)

2.   “Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.” (Qs. Shaad [38]: 52)

3.  “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 56)

4.  “Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 58)

5.   “Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 70)

6.  “(Bidadari-bidadari) yang jeli, putih bersih, dipingit dalam rumah.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 72)

7.   “Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 74)

8.  “Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah.” (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 76)

9.   “mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli.” (Qs. Ath-Thuur [52]: 20)

10. “Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik.” (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 22-23)









Taken from : Source




Saturday 8 October 2011

Because I Love My Mom !





Orang kata aku lahir dari perut mak...
(Bukan orang kata.... memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... Mak..
Bila lapar, yang suapkan aku.... Mak..
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.... Mak..
Kata Mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak..
Bila bangun tidur, aku cari.... Mak..
Bila nangis, orang pertama yang datang.... Mak..
Bila nak bermanja, aku dekati.... Mak..
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... Mak..
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... Mak..
Bila nakal, yang memarahi aku... Mak..
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... Mak..
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... Mak..
Bila takut, yang tenangkan aku.... Mak..
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... Mak..
Aku selalu teringatkan.... Mak..
Bila sedih, aku mesti talipon.... Mak..
Bila bengang, aku suka luah pada.... Mak..
Bila takut, aku selalu panggil.... “Makkkkk!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.... Mak..
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... Mak..
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... Mak..
Bila ada masalah, yang paling risau.... Mak..
Yang masih peluk cium aku sampai hari ni.... Mak..
Yang selalu masak makanan kegemaran aku.... Mak..
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.... Mak..
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... Mak..
Yang selalu berleter kat aku.... Mak..
Yang selalu puji aku.... Mak..
Yang selalu nasihat aku.... Mak..
Bila nak kahwin.... Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.... Mak..
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.... Pasanganku..
Bila gagal, aku ceritakan pada.... Mak..
Bila bahagia, aku peluk erat.... Pasanganku..
Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku..
Bila nak bercuti, aku bawa.... Pasanganku..
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak..
Bila sambut Valentine, aku bagi hadiah pada.... Pasanganku..
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan, “Selamat Hari Ibu”..
Selalu.. Aku ingat pasanganku..
Selalu.. Mak ingat kat aku..
Bila-bila.. Aku akan talipon pasanganku..
Entah bila.. aku nak talipon Mak..
Selalu.. Aku belikan hadiah untuk pasanganku..
Entah bila.. aku nak belikan hadiah untuk... Mak..

Renungkan:

“Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja.... Bolehkah kau kirim wang untuk Mak?”

“Mak bukan nak banyak.. lima puluh ringgit sebulan pun jadilah cukuplah..”

Berderai air mata jika kita mendengarnya.....

Tapi kalau mak sudah tiada...

Maa..... Rindu Maaa... Rindu sangat... !!

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya..
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya..
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya..
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya..
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya..




~ I got this article from my officemate, Kak La..
  Anyway, thanks for sharing kak.
  I'm eager to share this with readers.
  Kerana..
  Saya Sayang Mak Saya!










p/s: now i'm thinking of my mom and sudden miss her like crazy! ouh ~ always love you mom. (T_T)








Sunday 2 October 2011

My Kancil Is Back..!



At last.
You come back to me.!
Rinduuu ~





Welcome back Sweetheart..!





Hello there !

I'm Dieyaa. Welcome to my blog!