topbella

Sunday 11 December 2011

Tersembunyi Rahsia Kasih Sayang Tersirat



Ibu bapa adalah anugerah terbesar dari Allah swt kepada hambaNya.
Tanpa mereka , tiadalah kehidupan bagi kita di dunia fana ini.
Tanpa mereka juga, kita tidak akan berpeluang untuk melihat keindahan ciptaanNya di muka bumi ini.
Setiap ibu bapa telah diberi rasa kasih yang melimpah ruah untuk dicurahkan kepada anak-anak.
Cuma cara menzahirkan kasih sayang itu berlainan dan tersendiri.

Kadangkala, rasa kasih itu dipamerkan melalui ketegasan, kemarahan, dan leteran..
Sebagai anak, kita tidak seharusnya memandang cara tersebut dari sudut pandangan negatif.
Bermaksud, kita memikirkan dengan cara begitu, ibu bapa tidak menyayangi kita walhal itu adalah satu cara mereka menunjukkan rasa kasih terhadap kita.

Ada ibu bapa yang mempunyai ego dalam diri.
Mereka tidak pernah menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak dengan mesra.
Selalu berkeadaan marah-marah atau merungut dengan anak-anak.
Bila dalam keadaan begini, semua akan melihat dari negative side.
But, siapa tahu apa yang bermain dalam hati mereka.
Apabila difikirkan semula.. hmm.
Ibu bapa mana yang tidak sayang anak?
Marah tanda sayang. :)

Ya..
Terkadang saya juga turut merasakan perkara yang sama..
Bila dimarahi atau dileteri oleh parents, saya akan berkecil hati.
Sedangkan tanpa saya sedari, itu adalah kasih sayang yang cuba mereka berikan kepada saya.

Selalunya kemarahan dan leteran serta rungutan dari kedua mereka adalah tersurat.
Dan di sebalik semua itu sebenarnya tersembunyi rahsia kasih sayang yang tersirat..

Apapun saya bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang menyayangi saya, no matter how they show their love to me.
Saya pun sayang anda berdua.   ^.^


"Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil."
ameennn ~


11th December 2011
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang.


0 comments:

Hello there !

I'm Dieyaa. Welcome to my blog!