topbella

Saturday, 4 February 2012

Cinta Kepada Rasulullah saw


Ketika Rasulullah saw tengah berjalan di pasar, baginda mendengar seorang hamba yang hendak dijual oleh tuannya berteriak-teriak. Katanya, “Siapa yang mahu membeliku, diharap jangan melarangku solat di belakang Rasulullah saw!!”  

Akhirnya hamba itu dibeli oleh seorang muslim penduduk kota Madinah, dan orang itu benar-benar menepati permohonan hambanya. Setiap kali Rasulullah bersolat maka hamba itu pasti berada di belakang baginda.

Pada suatu hari maka Rasulullah tidak melihat hamba itu lagi. Maka baginda bertanya kepada para sahabatnya, “ Ke mana anak muda itu? Mengapa dia tidak hadir di belakangku ketika aku solat?”

Para sahabat menjawab, “ Dia tengah berbaring sakit, ya Rasulullah.”

Mendengar berita itu, Rasulullah saw segera pergi ke rumah hamba tersebut untuk menjenguknya. Setibanya di pintu rumahnya, beliau mengetuk pintu, dan dari dalam beliau mendengar hamba itu bertanya, “ Siapakah di luar?”  Rasulullah segera menjawab, “Aku, Muhammad Rasulullah..!!”

Subhanallah, di saat kedatangan Rasulullah itu hamba itu meninggal dunia. Dia benar-benar wafat dalam husnul khatimah. Dia meninggal dunia di hadapan Rasulullah saw sehingga Rasulullah sempat mentalkinkan, memandikannya, menghafal dan menyolatinya.

Wallahua'lam~

Taken From : Somewhere

11 Rabiulawwal 1433
Kg. Air Hitam,
Kuantan Pahang.


0 comments:

Hello there !

I'm Dieyaa. Welcome to my blog!