topbella

Monday 2 April 2012

Too Easy To Say,Too Hard To Do.


“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah s.w.t dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah bersama orang yang sabar.” (Al-Baqarah : 153)


Sabar. Perkataan sabar memang mudah di ungkapkan. Senang meniti di bibir ketika menasihati saudara dan sahabat yang ditimpa musibah. Namun ianya tidak mudah untuk dilaksanakan. As for me, the only person yang betul-betul bersabar ialah orang yang sangat kuat keimanannya.

Mendidik hati supaya bersabar bukanlah perkara mudah. Kadang-kadang kita sudah pun cuba untuk bersabar, tapi dek kerana keadaan, persekitaran, dan situasi yang berlaku membuatkan kita hilang sabar.

Sabar..

..bukanlah kesabaran andai masih mempunyai batas, dan bukanlah keikhlasan andai masih merasakan sakit..

Sering sahaja orang berkata kesabaran itu ada batasnya.. saya juga sama begitu. Hehe :)

Actually, tiada istilah batas dalam kesabaran. Tapi kita manusia biasa.. memang sabar sukar untuk dicapai. Kadang sengaja meletakkan batas dalam bersabar. I do try my best to be patient when bad thing happened to me. try and try. ya, sabar. unfortunately, it just a seconds then everything collapse. The reason is, patience has limit...! sigh. =.=

Hilangnya sabar akan membawa kepada perkara yang lebih teruk. Pergaduhan, kemarahan, kekecewaan, hilang kewarasan akal, tindakan melulu and so on. Jadi perlu untuk belajar dan belajar lagi menjadi sabar.

Kerana sabar itu indah.. dan keindahannya sungguh tersirat dan hanya mereka yang berjaya mendidik hati supaya sabar dengan ujian Allah sahaja yang dapat merasainya.

Merasai betapa sabar itu hebat.


I hope that i could teach myself to have that kind of patience. sabar yang maha hebat. :)


InsyaAllah..



10 Jamadiawwal 1433H,
Kg. Air Hitam,
Kuantan Pahang.


2 comments:

Admin said...

AsSalam datang bertandang ke laman blog Dieyaa.. wah ada perubahan.. sabar + senyum antara petua kekal sihat dan ceria, bahagia.. minda positif, kekal aktif.. semoga kita dalam limpahan kasih sayang Allah taala..amin..

ďǏἐƳȂǎ said...

w'salam. terima kasih CF. ameenn. try harder to be patient and smile... :)

Hello there !

I'm Dieyaa. Welcome to my blog!