topbella

Thursday 28 April 2011

TeamWork


Assalamualaikum..

Kita semua tahu Teamwork memerlukan komitmen dari setiap orang yang terlibat.. masalahnya.. if semua orang cuba lepas tangan, is that what we call kerja berpasukan..? jika dua tiga orang sahaja yang betul-betul beriya dan bersemangat memberikan komitmen mereka, that’s not enough.. bagaimana pula dengan yang lain.? bukankah semua perlu cooperate..?

Entahla.. seingat saya sewaktu di sekolah dulu apabila ada sesuatu aktiviti yang melibatkan teamwork ini, semua ahli yang terlibat akan memberikan komitmen yang sepenuhnya.. setiap orang berlumba-lumba untuk memberikan pandangan, pendapat and idea masing-masing.. itu belum disuruh melakukan tugasan atau kerja lagi.. masing-masing berusaha memberikan yang terbaik untuk team mereka.. but apa yang berlaku sekarang sangat-sangat berlainan.. mereka sepertinya lebih selesa lepas tangan dan menyerahkan semuanya kepada orang lain yang lebih komited terhadap team mereka.. macam tu ke?

They should know that teamwork means : they have to collaborate to each other.. masing-masing menunjukkan sikap acuh tak acuh dalam memberikan kerjasama.. apabila keadaan mendesak, barulah mereka menunjukkan kerelaan mereka untuk bekerjasama.. itupun dalam keterpaksaan.. setiap dari mereka hanya komited terhadap sesuatu yang melibatkan kepentingan mereka sahaja.. sehinggakan ada yang berkata jujur bahawa jika ia adalah satu kepentingan yang menentukan keadaan mereka kelak, mereka sedia untuk mengikut arahan dan memberi kerjasama yang baik.. adakah kerjasama itu akan diberikan hanya apabila kepentingan mereka diambil kira? is it wrong if i say that they are so selfish?

Seronok ke jika hanya kita sahaja yang beriya untuk melaksanakan sesuatu but at the same time the others tidak langsung menunjukkan minat untuk bersama-sama melibatkan diri? Memang.. itu adalah hak masing-masing.. tapi perlu diingat bahawa kita berada dalam kelompok yang ramai.. perlu diubah sikap tidak endah yang ada pada diri kita.. adakah selamanya kita akan bersikap begitu? Bagaimana hendak membuat sebarang discussion jika masing-masing mengelak dari memberikan kerjasama?

Entah la apa yang mereka fikirkan.. mungkin mereka beranggapan bahawa cukup sekadar mereka menjadi ahli bagi team tersebut dan segala perbincangan dan keputusan mereka tidak mahu ambil tahu atau tidak kisah.. mana mungkin kata sepakat dapat dicapai jika semua tidak ikut campur?? Apa pula fungsi mereka sebagai ahli team tersebut? Jika yang komited sahaja yang membuat perbincangan dan memutuskan itu ini, nanti dikatakan merancang sesuatu tanpa meminta pandangan mereka pula.. tiada kesepakatan.. habis bagaimana?

Kadang-kadang tertanya-tanya juga mengapa mereka terlalu sukar to get involve in apa jua perkara yang bersangkut paut dengan kerjasama.. ya.. mungkin saya salah menilai mereka.. mungkin mereka tidak beranggapan begitu.. dan mungkin juga mereka tidak sedar bahawa cara mereka tidak kena.. tapi ianya sangat-sangat jelas menunjukkan mereka sentiasa menganggap tidak penting jika ada sesuatu yang ingin dirancang.. entah la.. agaknya they have a very ‘big problem’ sehinggakan langsung tidak boleh komited dengan sesuatu perkara lebih-lebih lagi yang melibatkan teamwork.. apapun saya sangat berharap supaya setiap dari mereka dan saya sendiri terutamanya boleh memberikan komitmen yang tinggi dan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam melakukan sebarang tugasan yang diberikan selepas ini..

Sekian.

0 comments:

Hello there !

I'm Dieyaa. Welcome to my blog!