topbella

Friday 1 July 2011

Di Sini Ku Kenal Erti Kehidupan




Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. perjuangan saya selama 6 bulan di IPM telah pun berakhir.. terasa sekejap masa berlalu.. pejam celik pejam celik dah pun hari terakhir.. pastinya kenangan selama 6 bulan di IPM ini akan menjadi sebuah memori yang indah, sebuah kenangan teragung dalam hati saya..

Segala yang telah dijalani, susah payah, pahit getir di IPM akan menjadi satu pangalaman yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.. kepada pensyarah, setiap memori antara kita tidak mungkin luput dari ingatan..

Buat CF..
Kenangan menuntut ilmu blogging dari CF adalah satu kenangan yang paling paling paling saya hargai dan ingati kerana di situlah saya mengenali CF yang sebenar.. seorang guru yang tabah, kuat semangat, penuh unsur nasihat, penuh dengan senyuman dan gelak tawa.. seorang yang sangat sporting dan tidak pernah berputus asa, dan sentiasa memberikan saya kata-kata semangat.. kenangan kita berjogging, berbowling, bersiar-siar bersama Kelab Trengkas menjadi kenang-kenangan yang tidak akan langsung dilupakan.. segala apa yang telah CF kongsikan dengan saya akan selamanya saya semat di hati.. terima kasih atas keperihatinan CF selama ini.. terima kasih untuk segalanya.. Sayang CF ~

Buat CA..
Seorang yang tegas di dalam kuliah tetapi sebenarnya seorang yang sangat kelakar.. CA pandai memainkan banyak watak di waktu-waktu tertentu.. Segala kepercayaan CA terhadap saya sentiasa saya hargai.. segala ilmu yang dikongsi akan saya semat di hati.. terima kasih CA kerana telah sudi memberi setiap tips yang tidak pernah saya dan K1 tahu sebelum ini.. terima kasih juga untuk segalanya.. Sayang CA ~

Buat Tuan Haji..
Seorang yang sangat baik, pada luarannya seorang yang steady, cool sentiasa.. Apa yang saya boleh saya ungkapkan hanyalah sebuah ucapan TERIMA KASIH.. setiap nasihat ke arah kebaikan yang sentiasa Tuan Haji kongsikan tetap akan diingati selamanya.. saya pasti akan merindui ‘ujian mengejut’ yang biasa Tuan Haji lakukan untuk K1.. :)

Buat Sir Sharif..
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu secara tidak langsung pada saya.. setiap kebaikan dan tolak ansur yang telah Sir berikan pada saya dan K1 akan sentiasa dihargai.. terima kasih kerana sentiasa bersabar mendidik K1 walaupun ‘susah’ untuk dididik.. :) segala pengorbanan Sir to K1 especially for our project paper will always be appreciated.. thanks a lot Sir ~

Kepada rakan-rakan seperjuangan..
Meskipun tempoh 6 bulan ini tidaklah begitu lama untuk kita mengenali diri masing-masing, namun setiap detik yang kita lalui bersama sudah cukup memadai untuk mencambahkan kasih sayang antara kita.. setiap memori yang kita cipta akan sentiasa menjadi sebuah kenangan yang segar dalam ingatan.. Walaupun pengakhirannya bukanlah seperti apa yang diharapkan, namun terdetik jua di hati rasa kesedihan mengenangkan segala apa yang telah kita sama-sama harungi.. walau apapun yang terjadi, ukhuwah yang terbina antara kita masih lagi terjalin suci dan tetap kekal terpahat di hati sehingga akhirnya..

Terima kasih semuanya..

~ Di Sini Ku Kenal Erti Kehidupan  ~































0 comments:

Hello there !

I'm Dieyaa. Welcome to my blog!