topbella

Wednesday 6 July 2011

3 Golongan Manusia



Manusia dibahagikan kepada tiga golongan iaitu:


Hidup demi dunia semata-mata..

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): ‘Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia ini sahaja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan.’,” (surah al-An’am 6: 29) Golongan ini ialah golongan yang kufur nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.


Golongan yang percaya kewujudan akhirat, namun..

Namun mereka tidak berusaha ke arah mencapai kebahagiaan “di sana”. Mereka selamba bersuka ria dan berhibur di dunia tanpa berusaha gigih untuk menggapai kebahagiaan di akhirat.


Golongan yang menganggap dunia ini ladang akhirat..

Mereka menanam di sini untuk menuai di akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? ” (surah al-An’am 6: 32)




Taken from : Majalah Solusi




0 comments:

Hello there !

I'm Dieyaa. Welcome to my blog!