topbella

Thursday 2 August 2012

Kelebihan Seorang Penghafal Al-Quran


Buat Hafiz / Hafizah, banyak kelebihan yang Allah anugerahkan untuk kamu. Let’s check :)

Menjadi orang istimewa Allah swt

Daripada Anas r.a., Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga terdiri daripada manusia.” Kemudian Anas bertanya : “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Iaitu ahli al-quran (orang membaca atau menghafal al-quran dan mengamalkan isinya). Merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah.” (Riwayat Ibn Majah)

Hati yang tidak diseksa

Daripada Abdullah bin Mas’ud, r.a., Nabi saw bersabda yang bermaksud: “bacalah al-quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang menghafal al-quran. Sesungguhnya al-quran ini hidangan Allah, sesiapa yang memasukkannya, ia akan aman. Dan sesiapa yang mencintai al-quran, maka hendaklah ia gembira.” (riwayat al-tirmizi dan al-nasa’i)

Memberi syafaat kepada keluarga

Mafhum sabda Rasulullah saw : “sesiapa membaca al-quran dan menghafalnya maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan masuk neraka.”(riwayat al-tirmizi dan al-nasa’i)

Ibubapa memperoleh pahala khas

Kedua-dua orang tua penghafal al-quran diberi dua helai pakaian baru dan bagus, malah harganya tidak dapat dibayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua-dua orang tua itu kemudian bertanya: “kenapa kami diberi pakaian sebegini?” kemudian dijawab, “kerana anakmu menghafal al-quran.”

Mendapat tingkat syurga tertinggi

Daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah saw bersabda, mafhumnya : “jumlah tingkatan-tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat al-quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafal al-quran ialah tingkat yang paling atas, tidak ada tingkat lagi sesudah itu.” (riwayat al-baihaqi dan al-hakim)


p/s : 
So, bersyukur dengan kelebihan yang ada pada diri kamu tetapi tidak ada pada diri orang lain. Yang penting sentiasa amalkan dan jangan ditinggalkan. Kelebihan dan nikmat Allah itu selalu menjadi milikmu for sure. :)
Taken From : Majalah Solusi

13 Ramadhan 1433H,
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang.

0 comments:

Hello there !

I'm Dieyaa. Welcome to my blog!