Ibn Abbas r.a meriwayatkan : " Setelah Nabi
Ibrahim a.s. hidup berjauhan dengan anaknya yang tercinta; Nabi Ismail a.s.
yang membesar di Makkah dan sudah berkahwin dengan seorang gadis daripada
kabilah Jurhum, baginda telah datang dari Palestin untuk menziarahi anak dan
menantunya.
Sesampainya di sana, tanpa memperkenalkan dirinya
baginda bertanya : 'Dimana suamimu?'
Isteri Nabi Ismail menjawab: 'Suamiku telah keluar
bekerja.'
Nabi Ibrahim bertanya lagi tentang keadaan hidup
mereka, lalu si isteri mengadu kepada lelaki tua yang tidak dikenali itu bahawa
mereka hidup dengan penuh kesusahan dan kesempitan.
Nabi Ibrahim memohon izin untuk beredar dan
berkata: 'Sampaikan salamku kepada Ismail dan beritahu dia supaya menukar
bendul rumah ini.'
Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya menceritakan
kedatangan lelaki tua tersebut serta pesanannya yang ganjil agar baginda
menukar bendul rumahnya.
Baginda terus berkata : 'Itu ayahku dan pesanannya
bermaksud agar aku menceraikan kamu. Oleh itu, aku ceraikan kamu. Pulanglah
kepada keluargamu.'
Setelah berapa lama, Nabi Ibrahim datang lagi
menziarahi anaknya Nabi Ismail, yang kebetulan tiada di rumah kerana keluar
mencari rezeki. Apabila ditanya kepada isteri kedua Nabi Ismail tentang
kehidupan mereka, beliau menjawab dengan sentiasa memuji Allah dan mensyukuri
keadaan hidup mereka yang sederhana.
Setelah mendengar jawapan tersebut, baginda beredar
dan meninggalkan pesanan kepada menantunya agar suaminya (Nabi Ismail)
mengekalkan bendul rumahnya.
Apabila Nabi Ismail pulang, isterinya bercerita
berkenaan lelaki tua serta pesanannya yang ganjil itu. Nabi Ismail berkata :
'Itu ayahku, dan engkaulah yang dimaksudkan dengan bendul rumah. Pesanannya
bermaksud agar aku mengekalkan engkau sebagai isteriku.' "
(Riwayat al Bukhari, no.3363)
Taken from : Majalah Solusi
13 Safar 1434H
MUIP's Hostel,
Pekan Pahang.

0 comments:
Post a Comment