Kau
digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu
melengkap hubungan manusia
Bukan
sahaja dirindui yang biasa
Malah
Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu
senipis bilahan rambut
Tebalkanlah
ia dengan limpahan ilmu
Jua
hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah
ia dengan iman yang teguh
Tercipta
engkau dari rusuk lelaki
Bukan
dari kaki untuk dialasi
Bukan
dari kepala untuk dijunjung
Tapi
dekat di bahu untuk dilindung
Dekat
jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah
wanita hiasan duniawi
Mana
mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika
datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah
peribadi yang dibentuk
Engkaulah
wanita istimewa
Didiklah
wanita dengan keimanan
Bukannya
harta ataupun pujian
Kelak
tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah
wanita istimewa
Sedarilah
insan istimewa
Bahawa
kelembutan bukan kelemahan
Bukan
jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan
sebagai hiasan kecantikan
12 Rabiulawal 1434H
MUIP Hostel
Pekan Pahang

0 comments:
Post a Comment