Surely.. My Prayer, My Sacrifice, My Life And My Death, Are All For Allah.. The Lord Of The World..

Thursday, 7 April 2011

BUNGA RAYA LEMBUTKAN RAMBUT

Rambut yang kurang penjagaan dan tidak dibersihkan selalu akan cepat rosak dan beruban, masalah ini mungkin boleh diatasi jika anda menjaga rambut anda lebih awal lagi..
Tetapi anda jangan cepat putus asa jika anda dapati rambut anda tidak cantik dan sentiasa kering. Daun bunga raya yang menjadi pagar rumah anda akan memberi jawapannya.
Anda boleh ambil sepuluh helai daun bunga raya dan bersihkan. Setelah itu ramas dengan dua gelas air sehingga keluar lendirnya, setelah itu anda sapukan pada rambut anda. Sapu sehingga ke akar rambut. Biarkan selama 15 minit. Anda akan terasa kulit kepala anda sejuk dan nyaman, setelah itu barulah anda membilasnya dengan air bersih. Keringkan dengan tuala bersih. Anda boleh lakukan seminggu tiga kali, anda tentu puas hati dengan hasilnya nanti.
Selamat mencuba.. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...