topbella

Thursday 7 April 2011

Saya & Setiausaha

Sepertimana yang saya ceritakan, saya sedang mengikuti kursus di Kuantan.. before that, saya nak cerita sikitlah.. waktu sekolah dulu, when i was in form 4 and 5, saya ‘tersesat’ @ ‘tersalah’ kelas.. tersesat ke kelas sains.. tapi saya ni tak pandai pun.. haha.. jadi kat sekolah, saya memang tak ada matlamat untuk dicapai.. hehehe.. kalau difikir-fikirkan balik, memang tempat saya bukan di kelas tu lah.. belajar pun lebih kurang jer.. haha.. so after SPM, saya terus bekerja.. apa? belajar? ohoho.. tak, tak.. saya tak sambung belajar pun.. bukan apa, saya ni pemalas sikit.. jadi saya tak la ter export ke mana-mana universiti or kolej.. ok, ok sambung balik.. saya pernah bekerja sebagai kerani dekat satu syarikat ni.. biarlah rahsia kan.. jadi saya mula rasa suka sangat-sangat bekerja dalam situasi pejabat.. hmm.. saya suka kertas, pen, and rajin sangatla nak tulis-tulis ni.. walaupun tak ada apa nak ditulis.. haha.. pantang nampak dua benda tu.. and one day, someone offered me a better job dekat company dia kerja.. so he asked me to resign and then kerja dengan bos dia.. mulanya tak nak tapi nak jugaklah.. sebab company tu half government.. pendek cerita, saya pergilah interview.. tahu apa jadi..?? haa.. jawatan yang dia offer kat saya tu kerani-typist.. apa yang penting, mesti ada kemahiran komputer.. alamak~ saya ni memang tak pandai langsung komputer.. sikit-sikit bolehlaa.. and saya langsung tak expect yang saya akan diuji masa tu jugak.. kepantasan menaip.. hadei.. memang masak la masa tu.. saya ingatkan itu jer.. rupenyer kena buat excel..! ambik nak.. apa benda excel tu pun saya tak tahu.. nak suruh saya buat..?? ya Rabbi.. saya nak cari duduk letak excel dalam komputer tu pun dah sekian hal.. bayangkanlah.. masa tu saya memang tak tahu hulu hala dah.. lastly saya decide saya tak nak buat excel tu.. nak buat apa lagi?? Memang tak tahu.. kesimpulannya, saya tak dapat lah kerja tu.. from that day, saya bertekad dan berazam akan belajar komputer.. jadi.. haaa.. macam yang mula-mula saya nak cerita tadi, saya sedang mengikuti kursus komputer la di sebuah institut.. INSTITUT PERDAGANGAN MUNSHI (IPM@MCI).. tapi bukan komputer jer.. saya ambil secretarial course.. merangkumi semuanya.. komputer, trengkas, akaun, pengurusan pejabat.. macam-macam adaa.. tapi ramai yang pelik, yelah time sekolah ambil course lain.. tapi sekarang ambil course lain plak.. macam tak kena .. jauh menyimpang.. haha.. tak jugak.. em..? apa, apa..? course tu tak sesuai..? ha? seksi..? gedik..? ehh mana adaaa... itu tanggapan zaman purba.. come on lah.. ni zaman kemajuan tau.. setiausaha zaman sekarang ni pun dah maju.. mana ada seksi-seksi.. tak ada gedik-gedik lagi dah.. haha.. bahaye..? emm.. kalau niat kita Lillahitaala, insyaAllah.. semuanya baik.. bidang setiausaha ni memang sangat-sangat mencabarlah.. the most important thing is TRENGKAS.. mungkin ada yang pernah dengar and ada yang langsung tak pernah dengar perkataan tu.. saya sendiri pun sebelum ni tak pernah dengar or tahu apa tu trengkas.. bila dah masuk IPM ni, baru la fikiran jadi terbuka.. tahu segala macam.. nak tahu apa tu trengkas..?? apa kena mengena trengkas dengan setiausaha?? Nantikan post akan datang.. :)

0 comments:

Hello there !

I'm Dieyaa. Welcome to my blog!